Demam cabaran tarian ‘My Ambulance’, tak sangka CEO pun pandai menari - Hiburan | mStar

Demam cabaran tarian ‘My Ambulance’, tak sangka CEO pun pandai menari

CEO Kumpulan Media Star, Andreas Vogiatzakis sahut cabaran tarian lagu drama My Ambulance.

DRAMA popular Thailand iaitu My Ambulance telah mencipta fenomena di negara ini sehinggakan tarian yang diinspirasikan oleh pelakon serta penyanyi, Ice Paris dan Pearwah Nichiaphat mula menjadi ikutan peminat.

Menerusi aplikasi TikTok, ramai pengguna laman itu menyahut cabaran tarian tersebut dengan memuat naik video menari sama seperti yang ditunjukkan oleh dua pelakon berkenaan.

Bersempena acara dimsum Thai Pop 2019 yang bakal berlangsung pada 10 November ini, akaun Tiktok rasmi @dimsum.asia turut menganjurkan cabaran tarian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Cabaran itu bukan sahaja menerima sambutan hebat peminat drama Thai, malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Andreas Vogiatzakis turut menyahut cabaran tersebut bersama beberapa staf di bawah syarikat media itu.

Lebih menarik, wakil mStar, penyampai radio 988 dan pengacara dimsum Thai Pop 2019 turut mengambil bahagian dalam cabaran ini.

Untuk pembaca mStar dan peminat drama Thai yang ingin menyertai tarian ini, caranya mudah sahaja... hanya rakam tarian anda menggunakan aplikasi TikTok dan memuat naik video menggunakan lagu tersebut dengan menyertakan tanda pagar #dimsumThaiPop2019 dan #MyAmbulance.

Cabaran ini akan berlangsung pada 12 sehingga 19 Oktober dan dua pemenang bertuah bakal memenangi tiket VIP ke dimsum Thai Pop 2019.

Para pemenang juga berpeluang mempersembahkan tarian tersebut di atas pentas utama semasa konsert berkenaan.

Sembilan selebriti popular Thailand bakal menjayakan konsert dimsum Thai Pop 2019.

Selain itu, pemenang juga bakal menerima manfaat seperti pemegang tiket VIP lain iaitu poster yang ditanda tangan oleh selebriti, bergambar secara berkumpulan dan berpeluang untuk menerima cabutan bertuah serta menghadiri sesi hi-touch.

Para pemenang akan diumumkan pada 26 Oktober di akaun Instagram dimsum.asia dan TikTok Facebook Fans Page.

dimsum Thai Pop 2019 bakal diadakan pada 10 November depan di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor.

Acara ini dibarisi oleh sembilan artis popular dari Thailand iaitu Sunny Suwanmethanot, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong, Ice Paris Intarakomalyasut, Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat, Sky Wongravee Nateetorn, Bbilkin Putthipong dan Thanaerng Kanyawee Songmuang.

Dimsum Thai Pop 2019 , My Ambulance

Artikel Lain