suria

Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Sembilan artis popular Thailand bakal adakan konsert di Malaysia.

SEMPENA ulang tahun ketiga, perkhidmatan langganan video atas talian dimsum bakal menganjurkan konsert dimsum Thai Pop 2019 yang menampilkan sembilan artis popular Thailand pada 10 November depan.

Kumpulan pop popular kegilaan ramai Nine by Nine (9by9) antara yang bakal membuat persembahan sulung mereka di Malaysia di Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC). 

Vokalis kumpulan 9by9, Tor bakal membuat persembahan di konsert dimsum Thai Pop 2019.

Nine by Nine mula dikenali ramai menerusi lagu Night Light dan drama siri lakonan mereka bersama In Family, We Trust.

Empat daripada ahli kumpulan itu yang akan menyertai konsert ini ialah vokalisnya Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut.

Sunny Sumanmethanont antara pelakon popular yang bakal memeriahkan konsert dimsum Thai Pop 2019.

Selain itu, konsert ini juga bakal dimeriahkan dengan kemunculan pelakon pujaan ramai Sunny Suwanmethanont. 

Sunny yang popular menerusi filem Heart Attack ini bakal bergandingan lagi bersama pasangannya Mai Davika dalam drama percintaan terbaharu, My Ambulance.

Tiket konsert dijual bermula dengan harga serendah RM199 untuk (zon PS3), RM299 (zon PS2), RM359 (zon ps1) dan RM599 (Zon VIP) dan boleh didapati di laman web rasmi Ticket Charge (www.ticketcharge.com.my).

Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari www.dimsum.asia, atau halaman Facebook rasmi dimsum (Facebook/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

dimsum, 9by9

Artikel Lain