“Beruntungnya dapat anak-anak yang boleh berpaut” - Netizen sebak Norzizi Zulkifli layan bapa penuh kasih sayang - Hiburan | mStar

“Beruntungnya dapat anak-anak yang boleh berpaut” - Netizen sebak Norzizi Zulkifli layan bapa penuh kasih sayang

Ayah Zizi dimasukkan ke hospital kerana kencing tidak lawas.

PERKONGSIAN pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli mengenai perkembangan keadaan kesihatan bapanya yang juga seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Terbaharu, sungguhpun sebak melihat Zulkifli sekali lagi terlantar di hospital, rata-rata netizen memuji kecekalan Norzizi dan adik-beradiknya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak.

Bagi mereka, perkongsian itu menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk berbakti kepada ibu bapa ketika mereka masih ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli Zain & Normala Omar Redha Terus Diuji, Anggap Tebus Dosa Zaman Bujang

"Beruntungnya mak dan ayah kak Zizi dapat anak-anak yang boleh berpaut ketika mereka memerlukan.

"Kak Zizi dan adik-beradik bertuah dapat berbakti kepada ibu dan ayah. Semoga saya juga dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk berbakti kepada semua.

Zizi dan adik-beradiknya bergilir-gilir menjaga ayahnya yang kini dirawat di hospital.

"Untung anak-anak yang sempat menjaga kedua-dua ayah dan bonda saat mereka sakit atau panjang umur," tulis beberapa netizen di Instagram.

Ruangan komen Instagram milik Norzizi yang juga aktivis teater terkenal dihujani komen netizen yang turut sama mendoakan agar bapanya diberi kesihatan yang baik.

Nasihat saya kepada semua, walaupun kita sibuk dengan kerja... jangan lupa untuk luangkan masa dan berbakti kepada ibu bapa!

NORZIZI ZULKIFLI

Pelakon

Terdahulu, Norzizi berkongsi beberapa keping foto bapanya yang sedang menerima rawatan di Pusat Pakar Perubatan UiTM kerana masalah kencing tidak lawas sejak Ahad lalu.

"Lepas breakfast, duduk dekat katil kena picit lutut dia. Sekali lagi papa asyik ulang suruh beritahu adik-adik, dia ucap terima kasih dan katanya kalau ada empat bini pun tak mampu jaga macam mana anak-anak dia jaga papa dan mama.

Zulkifli menerima kunjungan rakan artis antaranya, Hail Amir.

"Macam-macam lagi dia cakap, so saya cepat-cepat ambil phone and I said  ‘ha cakap dekat adik-adik semua, Zi rakam ni’ video itu buat saya tak boleh tahan, burst! Rabak," tulis Zizi di Instagram.

Untuk rekod, Zulkifli, 75, yang juga suami kepada pelakon Normala Omar ini pernah diserang angin ahmar pada 2016.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan bapanya kini, Norzizi bersyukur masalah kesihatan Zulkifli tidak terlalu serius.

"Nasihat saya kepada semua, walaupun kita sibuk dengan kerja... jangan lupa untuk luangkan masa dan berbakti kepada ibu bapa," katanya.

zizi zulkifli , ayah , sakit

Artikel Lain