“Saya beranak bukan untuk beri pada orang” - Adira akan pertahankan hak penjagaan anak jika teruskan perceraian - Hiburan | mStar

“Saya beranak bukan untuk beri pada orang” - Adira akan pertahankan hak penjagaan anak jika teruskan perceraian

Adira akan mempertahankan hak penjagaan anak-anaknya sekiranya bercerai.

PENYANYI Adira mendedahkan dia akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya andai ditakdirkan untuk berpisah dengan suami Datuk Seri Adnan Abu.

Bagaimanapun, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata, dia tidak akan sekali-kali memisahkan hubungan antara anak dan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red bergurau mengaku lakukan hubungan intim dengan Adira - “Niat saya nak kaburi wartawan, tak sangka jadi isu”

ARTIKEL BERKAITAN:  “Saya tetap teruskan perceraian ini” - Adira tegas mahu berpisah, guna kaedah hakam tuntut diceraikan

“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya.

“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.

Adira bagaimanapun tidak mahu memisahkan hubungan anak-anaknya dengan Datuk Red.

“Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa,” katanya kepada mStar.

Adira ditemui pada sidang media Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) di Theaterette, Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Adira enggan mengulas lanjut ketika disoal sekiranya dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya.

Kata Adira, dia masih menghormati Adnan yang masih sah sebagai suaminya.

“Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses.

Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu.

ADIRA

Penyanyi

“Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia dari berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi bergelar suami jadi tak semestinya bila saya nak bercerai, saya tak hormat dia.

“Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Adira sebelum ini membuat permohonan cerai melalui kaedah hakam.

Dalam perkembangan lain, Adira tercalon menerusi lagu Pujaan Hati yang akan dipertandingkan di SFMM34.

Kata Adira, dia sudah lama menantikan untuk tercalon semula selain mengakui gementar untuk kembali beraksi di pentas SFMM34.

“Saya sebenarnya tertunggu-tunggu bila lagi dapat masuk semula ke semi final Muzik-Muzik.

“Apa yang saya harapkan adalah saya taknak sakit saja. Saya nak betul-betul jaga kesihatan.

“Lagi-lagi banyak lagu yang hebat-hebat dan saya rasakan ia sangat sengit untuk saya,” katanya.

Adira , Pujaan Hati

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain