“Sikap penyayang, lembut dan baik hati buat saya tertarik” - Dini bawa Janna Nick jumpa ibu

Dini mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Janna Nick.

PELAKON baru berdarah kacukan melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann mendedahkan sudah beberapa kali membawa pelakon, Janna Nick berjumpa dengan ibunya.

Dini, 25, bagaimanapun berkata, dia belum memikirkan untuk mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat kerana menyifatkan hubungan cintanya dengan pelakon itu masih di peringkat awal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asalkan muka saya bersepah” - Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja - “Dia cabar... saya buat dan kami bertukar nombor telefon”

"Selepas beberapa bulan mengenali Janna dan personaliti dia secara serius, saya tiada masalah dan selesa saja untuk berkongsi mengenai kisah cinta kami kepada umum.

"Setakat ini Janna sudah berjumpa dengan ibu saya beberapa kali tetapi belum berjumpa dengan ayah lagi. Insyallah, satu hari nanti.

Sifat Janna yang lembut dan penyayang membuatkan Dini selesa bersamanya.

"Mengenai rancangan untuk bertunang itu rasanya masih terlalu awal untuk kami kongsikan. Tapi kalau ada berita baik Insyallah, akan kami kongsikan," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, aktor drama Cemburu Seorang Perempuan ini berkata, personaliti Janna yang sangat lembut dan penyayang membuatkan dia jatuh cinta dengan pelakon itu.

Selain itu, Dini berkata, cara Janna yang memikul tanggungjawab terhadap keluarganya membuatkan dia cukup kagum dengan wanita itu.

"Pertama kali saya berjumpa dengan Janna pada Julai tahun lepas semasa kami shooting untuk drama Bukan Cinta Aku. Sejujurnya, ketika itulah sebenarnya saya sudah tertarik dengan karakter Janna, personaliti dan cara dia bekerja.

"Dia banyak membantu saya dengan skrip dan lakonan. Selepas habis set Bukan Cinta Aku, Janna ada hubungi dan minta tolong saya untuk train dia exercise. Masa itu saya jadi coach untuk dia. Sejak itu kami saling mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.

Paling buat saya hormati dia adalah cara dia menjaga keluarganya. Pada usia yang begitu muda, dia sudah memikul tanggungjawab yang besar itu dengan baik.

DINI AZAN SCHATZMANN

Pelakon

"Apa yang peminat lihat sebenarnya personaliti Janna sangat-sangat berbeza dengan diri sebenar dia. Janna yang saya kenal sangat-sangat caring, lembut dan baik. Itu yang membuatkan saya rasa selesa setiap kali bersamanya.

"Paling saya kagum adalah cara kerja dia yang begitu fokus. Saya tak pernah jumpa seseorang yang begitu komited dalam bekerja. Saya hormati cara dia menjaga keluarganya. Pada usia yang begitu muda, dia sudah memikul tanggungjawab yang besar itu dengan baik," ujarnya.

Janna sebelum ini secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu Dini Azan Schatzmann.

Menurutnya, hubungan dia dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun tahun lalu namun enggan bercerita lebih lanjut kerana bimbang kisah cinta akan menjadi topik utama berbanding kerjaya seninya.

Dini Azan Schatzmann, Janna Nick

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain