Tegur model posing di tanah perkuburan, pemakaian Azza Elite pula diungkit semula - “Tujuh tahun dah berubah dik... ” - Hiburan | mStar

Tegur model posing di tanah perkuburan, pemakaian Azza Elite pula diungkit semula - “Tujuh tahun dah berubah dik... ”

Azza bengang netizen ungkit perihal lampau.

PELAKON dan penyanyi Azza Elite kesal apabila teguran terhadap beberapa model posing di tanah perkuburan menerima kecaman netizen yang mengungkit cara pemakaiannya dahulu.

Pemilik nama Nor Azzarima binti Zawari, 41, berkata teguran itu dibuat dengan niat memberi nasihat dan meminta individu itu berubah ke arah lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bertaubatlah... Ini mengenai akidah!” - Azza, Yatt Hamzah dan Harith Iskander tegur aksi posing di perkuburan, tidak guna akal!

"Bahagian spin (putar) nombor satu kalau tegur saja kena kait kan dengan benda dulu ke? Kita bagi nasihat berharap orang yang dinasihat itu berubah. 

Netizen ungkit cara Azza berpakaian ketika popular bersama Elite.

"Sebab kita pun ada yang bagi nasihat agar berubah ke arah yang lebih baik. Tujuh tahun dah berubah, tak mahu pandang belakang," tulisnya di Instagram. 

Azza memuat naik sebuah posting memaparkan paparan skrin menunjukkan seorang individu cuba mengungkit perihal lampaunya di ruangan komen laman sosial. 

Sementara itu, Azza mengakui dirinya juga hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, namun bersyukur sudah diberi kesedaran untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Dalam pada itu, Azza juga bertanggungjawab untuk mengingatkan umat Islam lain agar tidak melalui perkara sama yang akhirnya membawa kepada pengakhiran tidak baik. 

Sebab kita pun ada yang bagi nasihat agar berubah ke arah yg lebih baik. Tujuh tahun berubah, tak mahu dah pandang belakang.

Azza Elite

Pelakon

"Maka Alhamdulillah ada perubahan dalam diri kita. Perlahan-lahan dan kadang-kadang masih lagi buat salah tapi ada saja yang beri nasihat maka saya ambillah nasihat untuk kebaikan diri sendiri. 

"Itu nama kesilapan. Kita dakwah supaya orang lain tak buat macam yang kita buat," tulisnya. 

Sebelum ini, Azza meluahkan rasa kecewa selepas sebuah foto tular menyaksikan beberapa model sedang menjalani sesi penggambaran mengenakan baju pengantin di tanah perkuburan bukan Islam.

Rakan selebriti lain seperti Harith Iskander dan Yatt Hamzah juga turut menyuarakan pendapat mereka berkenaan dengan kes penularan foto tersebut di media sosial.

Azza Elite

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain