“Sebulan dimuat naik hanya 100,000 tontonan sahaja” - Daiyan Trisha kecewa usaha diperlekeh netizen, Yuna tampil beri kata-kata semangat! - Hiburan | mStar

“Sebulan dimuat naik hanya 100,000 tontonan sahaja” - Daiyan Trisha kecewa usaha diperlekeh netizen, Yuna tampil beri kata-kata semangat!

Yuna tampil beri semangat terhadap Daiyan Trisha.

PENYANYI Yuna tampil memberi semangat terhadap Daiyan Trisha selepas disindir netizen berhubung bakat nyanyiannya berikutan hanya meraih 100,000 jumlah tontonan bagi muzik video terbahru, I Wanna See Ya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, meminta Daiyan tidak mempedulikan kata-kata buruk netizen yang hanya akan melemahkan semangat penyanyi itu untuk terus berkarya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Tak Sangka Diiktiraf Artis Malaysia Paling Berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna bercakap hubungan jarak jauh dengan suami dan sedia berehat jika hamil

"Jangan pedulikan mereka, 100,000 tontonan dalam tempoh sebulan untuk artis indi adalah sangat hebat!

"Kamu adalah salah seorang daripada individu yang rajin dan berani pernah saya kenali.

Antara tweet yang dimuatnaik Yuna dan Daiyan Trisha.

"Teruskan usaha dan saya bangga dengan pencapaian kamu," tulis Yuna.

Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa sedih selepas beberapa individu yang mempertikaikan kemampuan serta bakat nyanyiannya itu.

Netizen menuduh penyanyi lagu Langit ini cuba menjadi Yuna gara-gara mengeluarkan single berbahasa Inggeris.

"Saya tergamam melihat beberapa Tweet yang bercakap mengenai muzik video saya dan punca mengapa jumlah tontonannya sedikit. Ia membuatkan saya berasa sedih.

"Memang... sudah lebih sebulan ia dimuat naik dan hanya mendapat 100,000 tontonan sahaja. Tetapi mengapa anda nak ketawakan usaha keras saya?" ujarnya.

Kamu adalah salah seorang daripada individu yang rajin dan berani pernah saya kenali.

YUNALIS ZARAI

Penyanyi

Menurut mereka, perjalanan Daiyan untuk mencapai tahap seperti Yuna masih terlalu jauh.

"Dia nak try tembus market oversea macam Yuna tapi dia bukan Yuna.

"Jauh lagi untuk sampai ke tahap itu. Bukan level Yuna lagi. Lokal pun malas layan," tulis netizen.

Lagu I Wanna See Ya ditulis dan dicipta oleh Daiyan dan Juan Ariza.

Muzik video yang menjalani penggambaran di luar negara itu mula dimuat naik di YouTube sejak 20 September lalu namun hanya memiliki jumlah tontonan tidak lebih 200,000 di Youtube.

Yuna , Daiyan Trisha , I Wanna See Ya

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain