Rabbani anjur Karnival Ummah Bestari kutip dana bangunkan pusat tahfiz

Azadan mahu bangunkan syiar Islam.

KUMPULAN nasyid terkenal Rabbani menerusi Projek Mahligai Syurga bakal menganjurkan Karnival Ummah Bestari di Stadium Malawati, Shah Alam pada 15 hingga 17 November depan.

Karnival selama tiga hari itu bakal diisi dengan kandungan berbentuk kerohanian seperti persembahan nasyid, ceramah dan zikir selain kursus umrah secara percuma.

Salah seorang anggotanya iaitu Azadan Abdul Aziz berkata, karnival itu bertujuan mengumpulkan dana bagi membangunkan tapak pusat tahfiz, Pondok Moden Darussalam Sijangkang, Selangor. 

"Program ini julung-julung kalinya diadakan antara kerjasama pentadbiran pondok terbabit, pihak produksi, penaja dan penyedia lokasi penganjuran bagi membantu mengumpul dana membangunkan Pondok Moden Darussalam Sijangkang. 

Projek Mahligai Syurga dianjurkan untuk kutip dana bagi membangunkan pondok moden.

"Kita anggarkan dalam 500 jemaah umrah akan turut serta dalam kursus Karnival Ummah Bestari di mana ia merupakan salah satu aktiviti program yang akan diadakan. Paling menarik, pengunjung yang datang boleh sertai kursus tu secara percuma selepas buat pendaftaran. 

"Untuk program ni, kita cuba fokuskan dari sudut kekuatan pengisian berbanding siapa selebriti yang akan beraksi. Namun, kehadiran selebriti juga dihargai bagi memeriahkan majlis," katanya ketika dihubungi mStar.  

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan nasyid, mewarna dan persembahan seni silat melayu. 

Antara selebriti yang bakal memeriahkan majlis adalah Daqmie, Iwan Shahman dan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah. 

Dalam pada itu, penceramah bebas dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad diundang untuk segmen Ceramah Perdana pada malam Sabtu.

Rabbani, Projek Mahligai Syurga

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain