“Caprice kata saya bodoh pun tak apalah!” - PU Amin mengalah, padam muat naik mengenai dosa pakai rantai emas - Hiburan | mStar

“Caprice kata saya bodoh pun tak apalah!” - PU Amin mengalah, padam muat naik mengenai dosa pakai rantai emas

PU Amin mengambil keputusan memadam muat naik terbaharunya di Instagram.

PENDAKWAH bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin mengambil keputusan memadam perkongsian terbaharunya yang menyentuh mengenai dosa mendedahkan aurat dan memakai emas untuk lelaki di laman Instagram pada Jumaat.

Meskipun mesej itu tidak ditujukan pada mana-mana pihak, PU Amin berkata perkongsian tersebut telah menyinggung hati sahabatnya yang juga penyanyi rap Caprice.

"Saya dah padam dah, saya tak nak keruhkan keadaan, minggu depan saya nak pergi umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pun 2x5 pakai emas, beri masa 5 tahun untuk MK K-Clique berubah - “Semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar

ARTIKEL BERKAITAN: “Berhenti guna nama ustaz untuk memuliakan diri!” - PU Amin kecewa tugas dakwah tercemar kerana kontroversi

"Sedangkan posting saya itu tidak sebut nama siapa-siapa, tidak tuju pada sesiapa, terus dia melenting, marah semacam. Pelik juga, saya dan Caprice ni kawan, pernah jumpa banyak kali.

"Caprice kata saya bodoh pun tak apalah, saya doakan Caprice sihat dan berjaya dalam hidup, semoga Allah memelihara Caprice dengan kasih sayang-Nya," katanya menerusi laman Instagram.

PU Amin berkongsi paparan skrin komen yang ditulis di akaun Instagram Caprice.

Sebelum itu, PU Amin menulis mengenai ujian akhir zaman di mana manusia semakin ingkar dan berani melanggar perintah Allah SWT.

Antara yang disebut ialah mengenai kewajiban menutup aurat, hukum memakai emas untuk lelaki dan dosa berbicara perkara lucah.

“Tahu pakai emas bagi lelaki haram, tapi itu hak aku langgar je. Tahu tutup aurat wajib tapi itu life aku, jadi langgar je.

“Belum pernah ada dalam sejarah manusia boleh berjaya lawan Allah,” tulis PU Amin.

Saya tak tengking orang, saya tak marah orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun kena marah, bukan saya maki hamun orang.

PU AMIN

PENDAKWAH BEBAS

Gara-gara perkongsiannya itu ada netizen yang mengaitkan dengan penyanyi rap MK K-Clique yang pernah mengeluarkan kenyataan mengakui selesa mengenakan rantai emas meskipun mengetahui ia berdosa.

Tidak lama selepas itu, Caprice menerusi laman yang sama membidas kenyataan PU Amin itu.

"Memang tak pernah ada dalam sejarah manusia lawan Allah. Kau bodoh ke apa?

"Tapi dalam sejarah Malaysia sudah ada Abu (PU Abu) dan Aura 19 (Dai Farhan) dan kamu tak faham tentang Allah itu maha penyayang dan maha mengampuni. Salam Jumaat ustaz," tulisnya.

Perkongsian PU Amin mengundang rasa kurang senang Caprice. Bagaimanapun, kedua-duanya sudah memadam muat naik tersebut.

Sementara itu, PU Amin berkata setiap kali ingin menyampaikan dakwah namanya pasti akan dikaitkan dengan isu dan kontroversi membabitkan pendakwah selebriti yang lain.

Malah, dia juga mengakui tidak pernah menggunakan bahasa kasar dalam menulis sesuatu pesanan di laman sosial.

"Tiap kali saya nak buat nasihat dakwah mesti dikaitkan dengan Abu, Aura 19. Berat ujian dakwah, saya mengalah, saya buat dakwah media sosial ini dengan baik. 

"Saya tak tengking orang, saya tak marah orang. Saya nasihat supaya taubat itu pun kena marah, bukan saya maki hamun orang. 

"Subhanallah indah jalan dakwah ini! Apa pun sentiasa ceria dan happy semua. Jangan saling membenci, hidupkan sunnah, sebarkan mahabbah," ujarnya.

PU Amin , Caprice

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain