suria

“Maaf dik ini bukan majlis… hanya set up untuk saya ambil gambar!” - Siti Nurhaliza jelaskan foto ‘surprise’ sempena ulang tahun kelahiran

Kakitangan SNP adakan kejutan sempena ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza. Foto: Blackpepper Production

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-42 yang disambut pada 11 Januari lalu.

Menerusi Instagram, Siti berkata momen indah diraikan oleh kakitangan Siti Nurhaliza Productions (SNP) itu cukup bermakna meskipun hanya disertai oleh beberapa orang staf.

Bagaimanapun, perkongsian penyanyi lagu Kuasa Cintamu itu mengundang rasa kurang senang seorang pengikut yang berpendapat kurang sesuai acara sedemikian diadakan dalam keadaan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza buat persiapan selepas cecah 7 bulan, terpaksa beli barang baharu untuk bayi lelaki - “Aafiyah punya semua warna pink!”

Tidak melatah dengan teguran netizen itu, Siti menjelaskan kejutan itu dibuat dalam skala kecil dan segala hiasan yang disediakan hanyalah untuk tujuan fotografi.

"Maaf dik ini bukan majlis, ini set up untuk saya ambil gambar birthday, kek dan lain-lain. Staf saya buat dekat sebelah bilik mekap saya hanya untuk saya ambil gambar dan potong kek.

Siti jawab komen seorang pengikut di Instagram.

"Kebetulan mereka buat surprise semasa waktu makan tengahari, memang waktu makan dan kami tengah berehat," balas Siti.

Dalam komen yang ditulis seorang pengikut meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan Siti yang menganjurkan majlis semasa negara sedang berdepan penularan Covid-19.

Team saya di SNP diam-diam merancang kejutan di bilik bersebelahan dengan bilik persalinan saya ketika shooting. Terima kasih!

SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Tahulah semua dah buat swab test pun tapi kena fahamlah majlis sosial masih tak dibenarkan walaupun surprise birthday.

"Kecewa dengan pengurusan yang seharusnya faham idola negara ini adalah contoh kepada masyarakat," tulis pengikut berkenaan.

Kakitangan SNP buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza.

Sebelum itu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berkongsi beberapa foto menarik semasa sambutan ulang tahun kelahirannya itu.

"Team saya di SNP diam-diam merancang kejutan di bilik bersebelahan dengan bilik persalinan saya ketika shooting. Terima kasih!

"Walaupun setelah 11 hari berlalu dan saya tidak dapat meneruskan sambutan ini bersama-sama peminat tetapi SNP adakan juga momen yang bermakna ini. Terima kasih semua," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain