suria

Siti Nurhaliza buat persiapan selepas cecah 7 bulan, terpaksa beli barang baharu untuk bayi lelaki - “Aafiyah punya semua warna pink!”

Siti Nurhaliza dijangka bersalin anak kedua pada April tahun hadapan.

BAKAL melahirkan cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya.

Menurut Siti, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang tidak sesuai untuk bayi lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki, pilih nama bermula Muhammad A - “Hamil kali ini tak boleh makan pedas”

Kata penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, dia hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.



Siti buat persiapan selepas cecah tujuh bulan.

"Persiapan kalau soal barang-barang baby... masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.

"Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya," kata Siti Nurhaliza kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki ketika ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar pada 12 Disember lalu, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya huruf A.

Persiapan kalau soal barang-barang baby... masih belum lagi beli.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mengakui dia berasa gementar untuk melahirkan bayi kedua biarpun pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap berbeza.

Bagaimanapun, Siti berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.

"Dari segi mental dan fizikal... saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.



Siti bersama suaminya, Datuk K dan Aafiyah.

"Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik... Insya-Allah," ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aayah yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain