suria

Khai Bahar tawar adik perempuan menyanyi tapi awal-awal dah kena 'reject' - “Dia hanya suka-suka sahaja”

Khai Bahar bersama adik perempuan (gambar kiri) dan Aina Abdul (gambar kanan).

PERKONGSIAN video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya Kyra Baharuddin yang dimuat naik di laman Instagram dan YouTube menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Gara-gara komen positif itu, Khai berkata dia ada menawarkan peluang untuk adiknya itu menyanyi, namun gadis berusia 22 tahun itu menolak dengan alasan tertentu.

"Dia memang suka menyanyi dan saya akui ramai nak saya berduet dengan adik dan mahu kami buat single bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada awek pun rasanya tak boleh urus” - Khai Bahar belum rasa nak berteman

"Sebenarnya saya ada offer untuk bagi lagu tapi dia tak nak... katanya menyanyi ni hanya suka-suka sahaja. Tapi kalau dia minat tak salah nak mencuba dan saya sokong sahaja," katanya.

Khai Bahar bersama adiknya, Kyra.

Sebelum ini tular rakaman video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya berduet menyanyikan semula lagu My Heart menjadi perhatian peminat.

Rata-ratanya memuji nyanyian mereka dan berharap agar dua beradik ini dapat bergabung suara dalam satu lagu baharu.

Alhamdulillah terima kasih kepada Aina sebab sudi duet dengan saya.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Bercakap mengenai lagu baharu berjudul Nafas Cinta duet bersama Aina Abdul, Khai berkata peluang bergandingan bersama penyanyi itu merupakan salah satu impiannya.

"Alhamdulillah terima kasih kepada Aina sebab sudi duet dengan saya... saya rasa ramai tahu dia berbakat besar dan ini memang peluang untuk saya belajar apa yang ada pada Aina.

Khai sedang mempromosikan lagu terbaharu duet bersama Aina Abdul.

"Sama macam saya berduet dengan Siti Nordiana sebelum ini, saya ada ambil sedikit pengalamannya untuk memantapkan lagi karier nyanyian.

"Bagi saya setiap rakan duet mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Ini merupakan kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri dan peluang bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru, ” katanya.

Lagu Nafas Cinta telah dilancarkan di semua platform digital dan video muzik (MV) telah dimuat naik di akaun YouTube Aina Abdul pada Jumaat lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain