suria

Kamal Adli hanya mahu halalkan hubungan... Uqasha anggap menang besar di AME2020 - “Bukan buat perkara tak baik”

Kamal akui gembira dengan jawapan yang diberikan Uqasha semasa melamar secara langsung dalam AME2020.

PELAKON Kamal Adli berkata tindakannya melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam Ahad lalu merupakan langkah pertama menghalalkan hubungan mereka.

Menurut Kamal, 34, dia gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Uqasha dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.

"Yeay! Yes! cuma nak menghalalkan, bukan nak buat perkara tak baik kan? Terima kasih atas doa tu... amin! Yang lain serah pada Allah," tulisnya menerusi satu muat naik di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

Pada malam Ahad lalu, Kamal Adli menggamatkan pentas apabila membuat kejutan dengan melamar Uqasha semasa siaran langsung AME2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).

Hero drama Perempuan Tanpa Dosa itu melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan melutut di hadapan aktres itu disaksikan penonton di dewan dan di rumah.

I'm so speechless... walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain!

UQASHA SENROSE

PELAKON

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

Kamal kemudiannya mengulangi semula soalannya sebelum aktres berusia 28 tahun itu menjawab 'yes' sambil disambut sorakan penonton.

Meskipun tidak memenangi mana-mana kategori dalam AME2020, Uqasha berkata lamaran secara langsung itu merupakan hadiah paling bernilai dalam hidupnya.



Perkongsian Uqasha dan Kamal di Instagram.

"I'm so speechless... walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain, ”kata Uqasha di Instagram miliknya.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah Michael Ang secara tidak sengaja membongkar rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain