suria

Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung dalam AME2020.

PELAKON Kamal Adli menggamatkan pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) apabila membuat kejutan dengan melamar pelakon Uqasha Senrose, malam Ahad.

Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan berlutut di hadapan aktres tersebut sambil bersaksikan penonton menerusi siaran langsung tersebut yang disiarkan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan Uqasha Senrose tak buka seluar ketika bersalin dikritik tak logik, ini penjelasan Micheal Ang - “Sudah tentu saya nak jaga aurat”

"Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?" tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran tersebut.

Kamal lamar Uqasha semasa program AME2020.

Kamal kemudiannya, mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab 'yes' sambil disambut sorakan penonton.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain