suria

Ainan Tasneem selamat lahirkan sepasang bayi kembar secara normal - “Semoga jadi penyejuk hati saya dan suami”

Ainan melahirkan anak kembar secara normal pada Jumaat lalu.

PENYANYI Ainan Tasneem selamat melahirkan sepasang bayi kembar di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkongsikan berita gembira itu di laman Instagramnya pada petang Ahad dan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal lahirkan anak kembar minggu depan, Ainan Tasneem tak larat bawa perut - “Kepala dah kat bawah, harap sangat dapat bersalin normal”

"Saya telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat, hari yang barakah, 18 Disember di Hospital Salam, Shah Alam pada pukul 11.52 pagi dan 12.11 tengah hari.

Ainan Tasneem berkongsikan kelahiran anak kembarnya di Instagram.

"Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk melahirkan kedua-duanya dengan selamat dan bersalin secara normal.

"Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr. Siti Mariam yang sangat handal dalam menggendalikan kelahiran kembar," katanya.

Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk melahirkan kedua-duanya dengan selamat dan bersalin secara normal.

AINAN TASNEEM

PENYANYI

Ainan turut berdoa agar kedua-dua bayinya itu kelak akan menjadi anak-anak yang soleh selain penyejuk hati buat dirinya dan suami.

"Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Amin," katanya.

Keluarga bahagia Ainan Tasneem.

Ainan berkahwin dengan Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017.

Pasangan itu turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan