suria

Siti Nordiana dan Haqiem Rusli paling MeleTOP AME 2020

Siti Nordiana dan Haqiem Rusli pemenang hadiah utama AME2020.

PENYANYI Haqiem Rusli dan Siti Nordiana masing-masing diumum sebagai pemenang Top Top MeleTOP Era kategori Lelaki dan Wanita untuk Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung malam Ahad.

Haqiem turut membawa pulang dua trofi lain iaitu Penyanyi MeleTOP Era dan Lagu MeleTOP Era (Lembah Kesepian).

Dengan kemenangan itu, Haqiem turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 (RM10,000 kategori Top Top MeleToP Lelaki) dan RM5,000 masing-masing untuk dua kategori yang disebutkan tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai penuh pencalonan AME2020, Mira Filzah dan Siti Nordiana ‘sangkut’ empat kategori

Sementara itu, selain bintang Top Top MeleTOP Era Wanita, Siti Nordiana turut berjaya meraih tiga trofi lain iaitu Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan bersama Khai Bahar, Artis Versatil MeleTOP Era dan Grup/Duo MeleTOP Era.

Siti Nordiana juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 secara keseluruhan.



Ben Amir menang anugerah Pelakon MeleTOP Era.

Pelakon Syafiq Kyle tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi dua trofi iaitu Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Pusaka dan Fesyen MeleTOP.

AME2020 turut memberikan dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas AME2020 yang disampaikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noorhisham Abdullah dan Anugerah Wira MeleTOP Era, Ustaz Ebit Liew.

Untuk kesemua 16 buah kategori yang dipertandingkan, pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sebuah trofi. Setiap pemenang dipilih berdasarkan undian tertinggi di kalangan calon Top 5 bagi setiap kategori.



Alif Satar bawa pulang trofi Hos MeleTOP.

AME2020 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh trio Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak.

Anugerah ini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (105).

AME2020 diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Anuar Zain, Misha Omar, Floor88, Dolla, K-Clique, Ernie Zakri, Aina Abdul, Noraniza Idris, Wany Hasrita dan Shiha Zikir.

Antara penyampai anugerah yang terlibat ialah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Juliana Evans, Cik B, Hun Haqeem, Nabila Razali dan Khai Bahar.

Berikut senarai penuh pemenang AME 2020:

Top Top MeleTOP Era Lelaki: Haqiem Rusli

Top Top MeleTOP Era Wanita: Siti Nordiana

Top Top MeleTOP Era Duo/Berkumpulan: Siti Nordiana & Khai Bahar

Hos MeleTOP Era: Alif Satar

Couple MeleTOP Era: Hanis Zalikha & Hairul Azreem

Si Cilik MeleTOP Era: Alisa Aisyah

Influencer MeleTOP Era: Syahmi Sazli Production

Artis Baharu MeleTOP Era: Hyan Byul

Program MeleTOP Era: Sepahtu Reunion Live 2019

Artis Versatil MeleTOP Era: Siti Nordiana

Drama MeleTOP Era: Sweet Dreams

Pelakon MeleTOP Era: Ben Amir (Sweet Dreams)

Grup/ Duo MeleTOP Era: Khai Bahar & Siti Nordiana

Penyanyi MeleTOP Era: Haqiem Rusli

Lagu Meletop Era: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP Era: Ejen Ali The Movie

Bintang Filem MeleTOP Era: Syafiq Kyle (Pusaka)

Fesyen MeleTOP Era: Syafiq Kyle

Anugerah Khas AME2020: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noorhisham Abdullah

Anugerah Wira AME2020: Ustaz Ebit Liew

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain