suria

Senarai penuh pencalonan AME2020, Mira Filzah dan Siti Nordiana ‘sangkut’ empat kategori

Siti Nordiana dan Mira Filzah mendahului senarai pencalonan Top 5 AME2020.

PELAKON Mira Filzah dan Siti Nordiana tercalon bagi empat kategori dalam Top 5 Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020).

Mira Filzah tercalon dalam kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleToP, Artis Versatil MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Manakala Siti Nordiana bersaing dalam kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan satu pencalonan bersama Khai Bahar bagi kategori Grup/Duo MeleTOP.

ARTIKEL BERKAITAN: #Bizibody buat 'kacau' di sidang media AME 2020... betul ke artis marah kena selongkar?

Kumpulan hiphop terkenal, K-Clique dan penyanyi Alif Satar pula tercalon dalam tiga kategori.

Sementara itu mStar turut tersenarai dalam kategori Program MeleTOP menerusi segmen #Bizibody bagi episod Intai Zoo Mini Afieq Shazwan

Antara selebriti yang tercalon dalam Top5 AME2020.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro iaitu Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata penganjuran AME2020 kali ini lebih istimewa kerana bakal bersiaran secara langsung menggunakan teknologi format 4K UHD.

Siaran menggunakan teknologi paparan tinggi itu adalah kerana meraikan dan menghargai industri hiburan tanah air.

“AME menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan pengalaman menonton yang dilengkapi dengan ciri teknologi terbaharu kepada para pelanggan.

“Program ini jadi permulaan untuk kita raikan industri filem, radio, TV, personaliti dan pilihan yang tepat untuk siaran 4K UHD,” katanya.

Alif Satar dan Nabil Ahmad bakal bergandingan dengan Jihan Muse sebagai hos AME2020.

AME2020 bertemakan Epik Glam dengan tagline Yang Epik Yang Legend akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April depan.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

AME2020 akan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Alif Satar.

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April pukul 12 tengah hari.


Berikut senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020):

Penyanyi Meletop Era

1. Alif Satar (I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku)

2. Ernie Zakri (Ku Bersuara)

3. Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang, Lembah Kesepian)

4. Khai Bahar (#123)

5. Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)


Bintang Filem Meletop

1. Hairul Azreen (Wira)

2. Mira Filzah (Sangkar)

3. Remy Ishak (Sangkar)

4. Syafiq Kyle (Pusaka)

5. Zizan Razak (Polis Evo 2)


Pelakon Meletop

1. Amyra Rosli (Cemburu Seorang Perempuan)

2. Ben Amir (Sweet Dreams)

3. Mira Filzah (Sweet Dreams)

4. Sean Lee (Sweet Dreams)

5. Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)


Artis Baharu Meletop

1. Fieya Julia (Perasaanku)

2. Han Byul (Big Stage Siri 2)

3. Insomniacks (Pulang)

4. K-Clique (Mimpi)

5. Yusuf Bahrin (Sweet Dreams)


Grup/Duo Meletop Era

1. Ariff Bahran & Sarah Suhairi (Bicara Rasa)

2. Floor 88 (Aqilah, Hutang)

3. Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta)

4. K-Clique ft Alif (Mimpi)

5. Khai Bahar & siti Nordiana (Satukan Rasa)


Lagu MeleTOP Era

1. Anta Permana (Dato Sri Siti Nurhaliza)

2. Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)

3. Hutang (Floor 88)

4. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

5. Mimpi (K Clique  ft Alif)


Filem Meletop

1. Boboiboy Movie 2

2. Ejen Ali The Movie

3. Polis Evo 2

4. Pusaka

5. Sangkar


Drama Meletop

1. Budok Kuba (Astro Citra)

2, Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)

3. Curi-Curi Cinta (Astro Ria)

4. Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

5.Sweet Dreams (Astro Ria)


Program Meletop

1. #Bizibody (Intai Zoo Mini Afieq Shazwan)

2. Big Stage Siri 2 Akhir

3. Gegar Vaganza Siri 6 Episod 7

4. Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir

5. Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir


Artis Versatil Meletop

1. Elly Mazlein (Pelakon, Hos, Online)

2. Jihan Muse (Pelakon, Hos)

3. Mira Filzah (Pelakon, Hos)

4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)

5. Zizan Razak (Pelakon, Penyanyi, Online)


Influencer Meletop

1. Cupcake Aisyah

2. Muabellaz

3. Sofyank

4. Sterk Production

5. Syahmi Sazli Production


Hos Meletop

1. Ain Edruce (Limaletop)

2. Alif Satar (Big Stage Siri 2)

3. Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2019)

4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 6)

5. Sherry Alhadad (Big Stage Siri 2)


Couple Meletop

1. Alif Satar & Shadila Halid

2. Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa

3. Eyra Hazali & Haziq Nadzli

4. Hanis Zalikha & Hairul Azreen

5. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam


Si Cilik Meletop

1. Alisa Aisyah (Hanis Zalikha) & Hairul Azreen

2. Ardy Wira (Betty Rahmad & Ardy Damis)

3. Ayden Adrean (Bella Astillah & Aliff Aziz)

4. Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)

5. Syeriv Samheizy (Syatilla Melvin & Shaheizy Sam)


Fesyen Meletop

1. Alif Satar

2. Fazura

3. Mira Filzah

4. Sham Visa

5. Syafiq Kyle

AME2020, Mira Filzah, Siti Nordiana

Artikel Lain