Zahirah MacWilson tak takut ‘saham’ jatuh selepas kahwin - “Tapi end of the day, semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing”

Zahirah percaya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. -Foto ART CHEN

SEAKAN sudah menjadi lumrah dunia hiburan di Malaysia, populariti seseorang selebriti dikatakan akan merudum selepas mereka berkahwin.

Namun bagi pelakon Zahirah MacWilson, dia sedikit pun tidak berasa bimbang dengan tanggapan berkenaan kerana yakin bakat adalah penentu kepada kerjaya seseorang artis sepertinya.

Ujar Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, setiap orang mempunyai pendapat tersendiri namun dia percaya semuanya bergantung pada rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson selamat bergelar isteri Aiman Hakim Ridza

"Sebenarnya saya tak kisah pun dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, 'saham' akan jatuh.

Zahirah dan Aiman sah jadi suami isteri pada 20 Februari lalu.

"Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.

"Tapi at the end of the day, semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki," kata Zahirah kepada mStar.

Zahirah sah menjadi isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu di Foyer Glamhall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalinkan hubungan cinta.

Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Dalam pada itu, Zahirah meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mendapat peluang buat pertama kali memegang watak utama dalam sebuah filem aksi, Bulan & Pria Terhebat.

Kata Zahirah, dia sanggup menjalani latihan fizikal selama dua bulan dan mempelajari bahasa Indonesia untuk menjayakan watak tersebut.

"Saya sangat bersyukur dan terharu sebab sebelum saya ceburi bidang lakonan, saya memang simpan impian nak berlakon dalam filem aksi.

Barisan pelakon dan pengarah filem Bulan & Pria Terhebat.

"Alhamdulillah, impian terbesar dalam hidup saya akhirnya sudah tercapai. Walaupun pada mulanya, saya ditawarkan untuk bawa watak sampingan dan saya okey saja.

"Tapi tiba-tiba dapat tawaran untuk watak utama. Memang saya terus setuju dan sanggup jalani latihan fizikal untuk dapatkan bentuk badan yang bersesuai selama dua bulan.

"Saya juga belajar bahasa Indonesia kerana watak Bulan bercakap menggunakan bahasa itu," ujarnya. 

Filem aksi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu akan mula ditayangkan bermula 12 Mac ini.

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain