suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga kali tangguh kahwin, Mamat Sepah akhirnya sah jadi suami anggota polis IPD Shah Alam

Mamat bersyukur segala urusan majlis perkahwinannya pada Ahad berjalan dengan lancar. Foto: LOAV.FILM

SELEPAS tiga kali menangguhkan perkahwinan, pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang dikenali sebagai Diana Ibrahim dengan sekali lafaz pada Ahad.

Menerusi laporan Astro Gempak, Mamat atau nama sebenar Mohd Noor Murad, 35, meluahkan rasa syukur kerana segala urusan majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Akhirnya saya bergelar suami.

"Macam tak sangka, tetapi ya… Saya sudah melangkahkan kaki ke satu fasa baharu dalam hidup ini, syukur," kata Mamat.

Mamat berkongsi video detik dia diijabkabulkan.

Majlis pernikahan Mamat dan Diana yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin bersama lima berbalas lima dulang hantaran manakala wang hantaran dirahsiakan.

Mamat turut berkongsi video dan foto suasana sepanjang majlis pernikahannya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri tidak mempunyai perancangan mengenai lokasi berbulan madu disebabkan masing-masing sibuk kerja.

Mamat dan isteri belum ada perancangan mengenai lokasi berbulan madu.

"Bulan madu tu kami tak fikir lagi. Tapi tengoklah dalam sehari dua ini macam mana sebab kami nak pergi rumah saudara mara dulu.

"Kalau ikut adat orang jawa ni, pengantin kena pergi rumah saudara mara dulu. Jadi, biar kami selesaikan tour ini dahulu," ujarnya.

Mamat dan Diana yang berasal dari Sabah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Mamat Sepah

Artikel Lain