RIMAS diganggu lelaki gila seks, pelakon Nad Zainal menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang individu tidak dikenali yang kerap menghantar mesej tidak senonoh di Instagram. Menurut Nad, lelaki berkenaan bukan sahaja menghantar mesej lucah kepadanya malah bertindak lebih berani dengan menghantar foto kemaluan menerusi ruangan mesej peribadi. "Saya sedang bersihkan inbox (ruangan mesej) kerana nak fokus pelancaran produk baru, tiba-tiba perasan makhluk ini tak putus asa. ARTIKEL BERKAITAN: Badan tak sihat dan rasa mual, netizen syak Nad Zainal hamil - “Pantang mual saja mengandung ya” ARTIKEL BERKAITAN: Minta Foto Lucah, Komen Balas Nad Zainal Dapat Pujian "Banyak kali sangat dia hantar mesej, kita tak layan dia hantar gambar bahagian sulit. "Ini segelintir mesej lucah yang ada di inbox... okay nak sekat dia dah, tapi guys tolong report ya!," katanya menerusi Instagram. Nad dedah mesej diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali. Sementara itu, pelakon telefilem Fatonah Azali berkata tindakan tidak bermoral tersebut boleh mengundang bahaya kepada wanita. Justeru itu, dia meminta bantuan pengikutnya untuk menyekat dan melaporkan akaun tersebut. Ini semua punca-punca kepada kes rogol dan kes scam (penipuan) NAD ZAINAL PELAKON "Tolonglah laporkan akaun mamat ni, dari negara mana tak pasti. Rasanya untuk sesiapa sahaja tak elok apabila DM (mesej) wanita macam ini, rimas dan merbahaya. "Ini semua punca-punca kepada kes rogol dan kes scam (penipuan)," ujarnya. Ini bukanlah pengalaman pertama Nad Zainal kerana sebelum ini dia turut pernah berkongsi cerita kawannya yang menjadi mangsa lelaki gila seks di laman Instagram. Lelaki tidak dikenali itu menggunakan akaun Instagram palsu meminta gambar lucah.