Badan tak sihat dan rasa mual, netizen syak Nad Zainal hamil - “Pantang mual saja mengandung ya” - Hiburan | mStar

Badan tak sihat dan rasa mual, netizen syak Nad Zainal hamil - “Pantang mual saja mengandung ya”

Nad Zainal disangkakan sedang hamil sebab mengalami mual dan badan kurang sihat.

VIDEO pelakon Nad Zainal mengalami mual ketika menjalani penggambaran program makanan di Instagram menarik perhatian netizen.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, dia tidak mengetahui punca badannya berasa kurang sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muka berminyak, baju besar, rambut toncet, ini rupa sebenar seorang isteri!” - Nad Zainal kata kahwin tidak seindah drama petang

"Hmmm... baru nak acah-acah jadi hos program makanan... Tak tahu la kenapa badan Nad hari ini tak berapa sedap.

Video Nad alami mual menarik perhatian netizen.

"Doakan moga sihat-sihat saja. Insya-Allah nanti Nad update apa yang patut ya," tulis Nad di Instagramnya pada Ahad.

Rata-rata netizen membuat andaian pelakon telefilem Fatonah Azali itu kini sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, selang beberapa minit selepas video itu dimuat naik, Nad tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu menerusi Insta Story.

Nad dan suami mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahad.

Kata Nad, rasa mual yang dialaminya itu berkemungkinan berpunca daripada keletihan dan tekanan darah tidak stabil.

"Pantang mual saja mengandung ya... Penat pun mual dan darah rendah pun mual tau! Terima kasih... tapi saya okey," katanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim yang kini berusia empat tahun.

Nad Zainal

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas