suria

Cinta monyet pelakon kanak-kanak berakhir gara-gara cemburu! - “Dia kuat jealous tak faham status Mitilda sebagai artis”

Hubungan Mitilda dan Hezriq sudah berakhir.

PERKONGSIAN mengenai hubungan cinta pelakon cilik Duerra Mitilda dengan Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga pernah menjadi perhatian netizen sebelum ini.

Pelbagai reaksi netizen mengenai hubungan cinta yang terjalin gara-gara usia pasangan itu yang masih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon kanak-kanak dikecam warganet gara-gara kongsi kisah cinta, bapa enggan campur urusan peribadi anak

Bagaimanapun menerusi perkongsian Mitilda, 11, di Insta story miliknya baru-baru ini mendedahkan hubungan istimewa itu sudah berakhir.

Mitilda mendedahkan hubungannya dengan Hezriq sudah berakhir kepada cemburu.

Menurut Mitilda, ia berpunca daripada sikap Hezriq, 14, yang terlalu cemburu sehingga mereka sering bergaduh.

"Sejak kes viral Mitilda dengan Hezriq tu, Mitilda tak dibenarkan up gambar dan video kami berdua sebab taknak kena kecam lebih teruk.

"Bila shooting pula memang Mitilda rapat dengan rakan artis lelaki dan kami bergambar, buat tiktok kemudian Hezriq jadi cemburu.

Dia kuat cemburu dan tak boleh nak faham status Mitilda sebagai seorang artis.

DUERRA MITILDA

PELAKON

"Dia kuat cemburu dan tak boleh nak faham status Mitilda sebagai seorang artis... memang Mitilda akan sentiasa rapat dan bergambar dengan mereka.

"Artis dewasa pun macam tu juga. Bila Hezriq susah nak faham, susahlah kami nak terus bertahan. Asyik bergaduh akhirnya kami putus," tulisnya.

Mitilda mendedahkan perkara berkenaan selepas diajukan soalan oleh peminat di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Hezriq turut memuat naik Insta story mendedahkan bahawa kekasihnya itu kini sedang berkawan rapat dengan pelakon cilik iaitu Nik Adam Mika.

Kisah percintaan Mitilda dan Hezriq sebelum ini pernah menerima kecaman netizen.

"Memang Mitilda dengan Adam pun," tulisnya ringkas.

Sementara itu, hasil semakan mStar ke laman Instagram Nik Adam mendapati pelakon itu ada berkongsi beberapa gambar dan video mesra mereka berdua.

Nik Adam dan Mitilda dipercayai mula berkawan rapat apabila kedua pelakon itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi projek Runi dan Solah.

Duerra Mitilda, Hezriq Shah

Artikel Lain