suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minta Foto Lucah, Komen Balas Nad Zainal Dapat Pujian

Nad Zainal

APA pula kes ni? Kan dah dapat habuan 'kepala hotak kau berjambul' daripada Nad Zainal.

Aktres itu berkongsi paparan skrin individu tidak dikenali yang menggunakan akaun Instagram palsu meminta gambar lucah daripadanya.

Menerusi foto itu pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin, 27, ini meminta agar orang ramai berhati-hati dengan gangguan seksual sedemikian rupa.

"Lelaki dan wanita jaga diri, sekarang ramai tak sihat akal" tulisnya.

Foto paparan skrin Nad Zainal dapat perhatian.

Status yang dimuat naik itu mendapat reaksi positif pengikutnya yang menyokong tindakan Nad membalas mesej berkenaan.

Segelintir pengikut Instagram aktres ini juga menganggap komen balas pada foto paparan skrin itu yang berbunyi "kepala hotak kau berjambul" itu sebagai lucu.

Dalam pada itu, Nad yang dihubungi berkata, gangguan itu bukan terjadi kepadanya, sebaliknya seorang rakan.

"Bukan Nad yang kena, kawan punya saya 'repost' sahaja, " ujarnya.

Nad Bagaimanappun, telah memadamkan posting berkenaan selepas ia berkongsi hal tersebut bersama peminat.

Nad Zainal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain