suria

Yonnyboii ajak peminat kenali dirinya menerusi album 'Yonny'

Album Yonnyboii memuatkan sembilan buah lagu.

PENYANYI Yonnyboii yang semakin bersinar dalam bidang muzik mengajak peminat untuk terus menggali dirinya dengan memperkenalkan album E.P terbaharu berjudul Yonny.

Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, album itu sarat dengan pengisian muzik tulus untuk pendengar memahami gelojak rasa yang harus diteroka dan dihayati dalam setiap bait lagu yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal, Yonnyboii dah 'move on', kena terima hakikat walaupun sakit! - “Tuhan akan bagi lebih nanti”

"Menerusi album E.P ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

"Apa saya boleh nyatakan, album ini sarat merencanakan warna-warni seni Yonny, bak pelangi.

Yonnyboii muncul dengan album E.P, Yonny.

“Harapan saya tidaklah terlalu tinggi, saya cuma minta pendengar menghayati sendiri setiap karya terhasil untuk mengenali siapa Yonnyboii," katanya.

Pembikinan album E.P ini melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfie.

Apa saya boleh nyatakan, album ini sarat merencanakan warna-warni seni Yonny, bak pelangi.

YONNYBOII

PENYANYI

Sebanyak sembilan buah lagu diselitkan dalam album tersebut iaitu Salahku, Salahku 3.0, Pelikk, Bayang, Hidup Giler, Sheenta, Sheenta With Shee, Boleh Bla dan Aku Itu Aku.

"Bagi saya tak susah nak hasilkan album E.P apabila dapat bekerja secara profesional dengan orang yang kita percaya. Terus-terang saya nyatakan kalau boleh saya nak buat semuanya sendiri, susah sebenarnya sebelum ini kerja-kerja seni saya dapat sentuhan orang lain.

"Namun selepas pengalaman kejayaan lalu serta kualiti yang ada pada produser-produser ini menepati kehendak saya, saya rasa tidak salah untuk membina keyakinan dan mencipta semula kejayaan seperti sebelumnya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yonnyboii, album E.P, penyanyi, Yonny

Artikel Lain