suria

Zynakal, Yonnyboii dah 'move on', kena terima hakikat walaupun sakit! - “Tuhan akan bagi lebih nanti”

Lagu Sakit tidak berjaya melangkah ke pentas AJL 35.

KEGAGALAN lagu Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) ternyata memberi kesan terhadap emosi mereka.

Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli, 22, berkata, dia berasa terkilan kerana menghampakan harapan peminat untuk melihat Sakit beraksi di pentas berprestij AJL.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat kenyataan seolah-olah kami bodoh sangat!” - Azmeer jawab tuduhan juri SFMM35 dah tua, tak faham muzik semasa

"Saya akui berasa sedikit terkilan tapi mungkin tiada rezeki untuk kami melangkah ke pentas AJL 35. Kekecewaan itu sebenarnya bukan datang daripada saya tapi datang daripada peminat dan pengikut lagu Sakit yang yakin lagu ini boleh sampai ke AJL.

"Bila perkara itu tidak menjadi kenyataan, ia buatkan saya lagi kecewa sebab telah hampakan impian mereka (peminat lagu Sakit).

Saya menghormati pendapat yang diberikan juri, mungkin ada markah kami yang tak cukup.

ZYNAKAL

PENYANYI

"Yonnyboii pun ada rasa sedikit down sebab kami tak boleh tipu diri sendiri. Tapi bila dah habis bersedih kami kena terus move on untuk berikan karya yang lebih baik lagi selepas ini," katanya kepada mStar.

Zynakal ditemui ketika majlis pelancaran muzik video single terbaharunya, Perasaan yang berlangsung di Warunk Koffie, Shah Alam pada Rabu.

Zynakal ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu Perasaan yang diadakan di Shah Alam, pada Rabu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penjelasan ketua juri Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35), Azmeer yang mengatakan Sakit tidak menepati kriteria sesebuah lagu pertandingan, Zynakal berkata dia menghormati pandangan juri yang pastinya mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik.

"Saya menghormati pendapat yang diberikan juri, mungkin ada markah kami yang tak cukup.

"Juri pun buat kerja mereka sahaja. Kita kena belajar menerima walaupun ia sakit. Kalau kita bersyukur, Tuhan akan bagi lebih lagi nanti.

"Perkara macam ini tak buat saya patah semangat sebab saya pernah rasa lagi teruk sebelum ini bila saya hilang mak dan hilang diri sendiri ketika saya sakit (bipolar) dulu," katanya.

Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Azmeer.

Sakit merupakan ciptaan bersama Yonnyboii dan Zynakal gagal mara ke AJL 35 walaupun ramai pihak meletakkan harapan besar untuk melihat lagu itu melangkah ke pentas berprestij tersebut.

12 lagu yang layak ke AJL 35 ialah Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Aishah, Gundah (Ernie Zakri), Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita), Hati (Hael Husaini), Peluang Kedua (Hael Husaini) dan Gila (Kaka Azraff, Loca B & Noki).

Turut bersaing, Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Eh (Zizi Kirana), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Semalam (Aina Abdul).

AJL 35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain