suria

Empat tahun berehat... Lana Nodin buat ‘comeback', syukur suami izinkan - “Sejujurnya saya tak puas lagi!”

Lana Nodin ambil keputusan untuk aktif semula sebagai pelakon.

SELEPAS empat tahun berehat daripada kerjaya seni kerana memberi fokus kepada keluarga, pelakon Lana Nodin membuat keputusan untuk kembali aktif.

Menurut Lana, 40, sepanjang tempoh berehat, dia banyak belajar cara lakonan daripada pelakon-pelakon baharu menerusi drama-drama di kaca televisyen.

"Selepas empat tahun, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini merupakan comeback pertama saya untuk drama bersiri di TV3... nampaknya Lana masih berbisa! Okaylah tu saya masih dapat watak orang muda sesuai usia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun pertama, Lana Nodin kongsi momen lahirkan Billy - “Syukur Allah beri peluang yang pernah ku rayu dan mohon padaMu”

"Sepanjang tempoh berehat itu, saya duduk rumah tengok lakonan orang lain termasuklah pelakon baharu, kita belajar cara lakonan orang lain, lebih-lebih lagi watak jahat.

"Memandangkan saya memang dah bersedia nak berlakon semula, jadi untuk comeback ini saya bagi 200 peratus, selain jadi juri lakonan orang dekat televisyen, saya ambil juga ilmu lakonan mereka itu, ” katanya kepada mStar.

Saya berkahwin semasa kemuncak karier, selepas kahwin dapat anak pula jadi memang saya terpaksa berhenti berlakon!

LANA NODIN

PELAKON

Lana ditemui semasa kunjungan ke set penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri di Taman Melawati, Selangor pada Khamis.

Drama yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3 itu turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Sharifah Sakinah dan Nadia Brian.

Dalam pada itu, Lana berkata keputusannya untuk kembali bergelar pelakon turut mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Mohd. Daud Mckienzie.



Suami sokong dan beri galakkan penuh untuk Lana kembali berlakon.

"Suami saya beri galakkan berlakon... kalau ikutkan tak payah dah berlakon namun disebabkan jiwa dan minat saya dalam bidang ini terlalu mendalam membuatkan saya tetap nak berlakon. Sejujurnya saya tak puas lagi!

"Saya berkahwin semasa kemuncak karier, selepas kahwin dapat anak pula jadi memang saya terpaksa berhenti berlakon kerana nak fokus anak-anak. Sekarang ini anak pun dah tak susu badan lagi, jadi dah boleh dilepaskan.

"Alhamdulillah suami tak halang kerana dia tahu minat saya... sampai sekarang saya dia bagi peluang untuk saya terus berlakon. Kalau saya ada penggambaran dia yang akan jaga anak-anak!” ujarnya.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia tiga tahun dan William Daud Mckienzie, dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain