suria

Memang kecoh! ‘Kembar Keliru’ lakonan Syazwan Zulkifly, Sweet Qismina sedia hiburkan penonton Awesome TV Ahad ini

Kembar Keliru menampilkan lakonan mantap Syazwan Zulkifly dan Sweet Qismina.

TELEFILEM berjudul Kembar Keliru yang menampilkan pelakon Syazwan Zulkifly, Wafariena, Sweet Qismina, Rosnah Johari, dan Datuk Jalaludin Hassan bakal ditayangkan menerusi slot OHSEM Telemovie di Awesome TV pada malam Ahad ini.

Kembar Keliru mengisahkan mengenai seorang jejaka bernama Iskandar lakonan Syazwan yang bertunang dengan Ameera (Sweet Qismina) iaitu anak kepada sahabat bapanya.

Iskandar terlalu rimas dengan sikap Ameera yang terlalu manja dan mengada-ngada sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ameera.

Iskandar telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah pulau tanpa pengetahuan sesiapa.

Iskandar mula menyukai gadis pulau bernama Cendana.

Setibanya di sana, bermulalah kisah pertemuan Iskandar dengan Cendana di pulau tersebut.

Watak Cendana lakonan Wafariena adalah gadis pulau yang cantik, lemah lembut dan juga seorang pelukis.

Tanpa diduga, Iskandar jatuh cinta pada Cendana. Iskandar bertemu dengan Shamel iaitu sepupu kepada Cendana yang mempunyai wajah seirasnya.

Oleh kerana memiliki wajah yang serupa, Iskandar mengupah Shamel menyamar sebagainya sementara Iskandar tinggal di pulau untuk memikat hati Cendana.

Saksikan Kembar Keliru lakonan mantap Syazwan Zulkifly, Sweet Qismina dan Wafariena.

Suasana menjadi kelam kabut apabila Datuk Shah (Datuk Jamaludin Hassan) membuat keputusan untuk menikahkan Shamel yang dianggap Iskandar dan akhirnya rahsia kedua keluarganya terbongkar.

Saksikan kekeliruan keluarga ini dalam Kembar Keliru di Awesome TV di saluran Astro, 123 dan MyTV, 112 pada hari Ahad pukul 9.30 malam.

Ikuti perkembangan Awesome TV menerusi akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain