suria

Ezzrin Loy reda... lega dapat berbakti untuk arwah nenek buat kali terakhir - “Ini tanggungjawab saya sebagai cucu”

Ezzrin dipakaikan PPE untuk membantu menguruskan jenazah neneknya.

PELAKON Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang untuk membantu menyempurnakan pengebumian arwah neneknya, Siti Rokiyah Saad, 84, yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada pagi Jumaat.

Ezzrin atau Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri, 24, berkata, dia dan abang iparnya, Faris Anuar yang merupakan suami kepada pelakon Elfira Loy diberi kesempatan menyempurnakan jenazah sehingga ke liang lahad dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Elfira Loy meninggal dunia terkena jangkitan Covid-19 di hospital, Ezzrin Loy syukur dapat urus pengebumian... pakai PPE lengkap

"Mereka benarkan dua ahli keluarga sahaja untuk tolong membantu menguruskan jenazah. Saya rasa ini juga adalah tanggungjawab saya sebagai cucu untuk berbakti pada nenek di perjalanan terakhirnya.

Gambar kenangan keluarga Ezzrin bersama arwah nenek (duduk kiri).

"Selain pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), AJK masjid pun ada membantu dan daripada situ saya serta abang ipar dapat sama-sama tolong uruskan jenazah.

"Walaupun tidak berapa selesa dalam PPE tapi tetap kena pakai untuk patuhi SOP," katanya ketika dihubungi mStar.

Allahyarham nenek Ezzrin meninggal dunia pada 10.50 malam Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras akibat jangkitan Covid-19.

Saya rasa ini juga adalah tanggungjawab saya sebagai cucu untuk berbakti pada nenek di perjalanan terakhirnya.

EZZRIN LOY

PELAKON

Walaupun Allahyarham dijangkiti wabak Covid-19 di hospital, namun Ezzrin berkata mereka sekeluarga reda dengan ketentuan tersebut dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami reda dengan ketentuan ini dan tak salahkan mana-mana pihak biarpun arwah dijangkiti ketika berada di hospital.

"Cuma saya sedikit terkilan sebab tak dapat berkumpul dengan saudara mara untuk sama-sama adakan majlis tahlil untuk arwah, jadi kami adakan secara kecil-kecil bersama ahli keluarga sahaja," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut tentang penyakit neneknya, Ezzrin menjelaskan arwah menghidap penyakit kencing manis dan melakukan pembedahan pada minggu kedua Aidilfitri selepas kakinya mula membengkak.

Suami Elfira turut dipakaikan PPE.

"Nenek ada penyakit kencing manis dan masa raya dia makan makanan manis sehingga menyebabkan kaki dia membengkak. Lepas itu memang saya dan mak dapatkan surat kebenaran bawa dia datang KL dari Kedah untuk terus lakukan pembedahan di sini.

"Lepas dah bedah, Alhamdulillah keadaan nenek masa itu dah beransur pulih tapi lima hari selepas itu, doktor maklumkan nenek disahkan positif Covid-19.

"Mula-mula ingatkan arwah dapat daripada mak saya ke apa, sebab mak saya pun buat ujian calitan takut kalau-kalau mak pembawa tapi lepas buat ujian keputusan mak negatif.

"Lepas itu baharu pihak hospital maklumkan memang ada outbreak dalam wad dan menjangkiti ramai lagi pesakit dalam wad pada ketika itu," jelasnya.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain