suria

Terima hadiah ‘birthday’ istimewa, Hafreez Adam sedang kenali hati budi Azar Azmi - “Kalau selesa tak mustahil ke fasa lebih serius”

Azar Azmi buat kejutan istimewa sambut ulang tahun kelahiran Hafreez Adam baru-baru ini.

HUBUNGAN semakin rapat, Hafreez Adam mengakui kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelakon Azar Azmi.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, dia mula rapat dengan aktres berkenaan selepas digandingkan menerusi drama Derita Untuk Bahagia yang memulakan penggambaran pada September tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya yang minta putus, Zara tak mahu...”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang

"Kami tengah fasa kenal satu sama lain dengan lebih dekat. Kami tiada umumkan yang mengakui kami sudah bercinta atau apa.

"Kalau boleh kami nak kenal satu sama lain dengan lebih rapat dulu sebelum ke fasa lebih serius.

"Bukan apa sebab kami sebelum ini pernah ada pengalaman putus tunang... kalau kami selesa bersama tak mustahil untuk melangkah ke fasa seterusnya jika ada jodoh," katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Hafreez di Instagram.

Pada ulang tahun kelahiran Hafreez baru-baru ini, Azar membuat kejutan cukup manis apabila menghadiahkan manisan dan belon kepada aktor itu dengan membuat 31 kali penghantaran bersempena usia pelakon itu.

"Saya sangat hargai usaha dia buat benda macam itu untuk saya walaupun saya akui agak annoyed juga pada mulanya sebab perlu turun naik banyak kali untuk terima hadiah itu.

"Masa rider suruh turun bawah ambil barang memang sampai trip ketiga saja saya turun, lepas itu memang saya dah getting annoyed sampaikan saya suruh rider ambil sahaja hadiah yang diberikan itu.

Kalau boleh kami nak kenal satu sama lain dengan lebih rapat dulu sebelum ke fasa lebih serius.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

"Penghantaran selepas itu memang adik saya yang tolong turun ambilkan sebab saya tengah siapkan lukisan daripada pelanggan masa itu... memang saya tak tahu ini semua rupanya plan Azar. Sampailah penghantaran ke-31, rider tu cakap kena turun ambil sendiri sebab orang yang buat kejutan itu nak hantar sendiri.

"Walaupun saya terus-terang dengan Azar yang saya sedikit annoyed tapi saya memang hargai sangat-sangat apa yang dia buat untuk saya... sebab itu saya post di Instagram untuk tunjukkan betapa saya appreciate apa yang dia buat," ujarnya.

Hafreez dan Azar mula rapat selepas berlakon bersama dalam drama Derita Untuk Bahagia.

Pelakon drama Monalisa ini berkata sikap sempoi dan happy go lucky Azar merupakan antara ciri-ciri yang menarik perhatiannya untuk mengenali lebih dekat dengan aktres berusia 32 tahun itu.

"Saya suka berkawan dengan Azar sebab dia seorang yang kelakar dan kalau ada masalah memang dia tak tunjuk langsung, memang ceria orangnya.

"Lagi satu yang buat saya respek dengan Azar sebab sangat kuat bekerja dan jenis wanita berdikari.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Perempuan yang boleh berdikari sendiri itu memang hebat bagi saya sebab mereka jenis tidak mengharapkan lelaki untuk mendapatkan sesuatu benda atau perkara," katanya.

Hafreez sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Zara Zya pada Oktober 2019 namun hubungan itu tidak bertahan lama selepas mereka putus tunang sebulan selepas itu.

Sementara Azar pula putus tunang dengan penerbit filem, Hafiz Roslan pada Februari tahun lalu selepas bertunang pada Disember 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan