Bayi yang baru dilahirkan tidak sepatutnya dibawa ke tempat berisiko seperti hutan. -Gambar hiasan AI
BAYI yang baru dilahirkan sememangnya sangat sensitif, malah masih belum sesuai untuk dibawa berjalan-jalan ke tempat tidak sepatutnya.Menurut seorang imam masjid dan guru agama dikenali sebagai Najmi Hakimi, dia baru sahaja didatangi sepasang suami isteri bersama bayi mereka. Dalam pertemuan itu, pasangan berkenaan meminta bantuan untuk memulihkan bayi mereka yang tidak berhenti merengek.Bayi yang baru dilahirkan sangat sensitif dan tidak sepatutnya terdedah kepada persekitaran bahaya. -Gambar hiasan AI"Lepas habis solat Isyak, mak ayah ni datang. Mereka minta saya ruqyah anak mereka. Katanya anak mereka mula naik merah dan merengek tak berhenti."Saya tanya sebab apa, tanya pula umur bayi itu. Rupanya bayi itu dibawa masuk hutan dan usianya baru 17 hari," ujar Najmi.Kisah itu tular selepas guru agama berkenaan berkongsi mengenainya di aplikasi Threads.Imam masjid kongsi cerita didatangi pasangan suami isteri bersama bayi mereka.Bayi itu merengek tidak berhenti, malah badannya juga kemerah-merahan.Pasangan itu meminta bantuan imam selepas membawa bayi itu masuk hutan.Imam terkejut apabila dimaklumkan bahawa bayi itu baru berusia 11 hari.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ramai pelayar Threads turut meluahkan rasa terkejut dengan tindakan pasangan suami isteri berkenaan."Bayi baru 17 hari, tak habis pantang lagi tapi dah berani bawa masuk hutan."Aku yang baca pun seram. 17 hari masih dalam nifas. Bawa pula bayi masuk hutan. Kebal betul ya?"Ya Allah. Rasanya mak ayah bayi tu yang perlu kena ruqyah," tulis beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran pengasuh tahan tengah jalan, kongsi audio budak menangis tanpa henti... Suara dalam rakaman buat hati si ibu hancur!ARTIKEL BERKAITAN: “Sedihnya laki tak tahu apa-apa fasal rumah” - Penat masak sambil dukung anak, isteri terkilan suami simpan makanan bayi sekali lauk mentahPada masa sama, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan ibu bapa yang melakukan perkara sama."Selalu nampak pasangan muda bawa anak masuk panggung wayang. Anak merah lagi. Macam baru lepas pantang. Saya yang tengok pun geleng kepala."Kalau tengok kat pusat beli-belah pun ramai macam ni. Pelik apabila mak menggeletis nak keluar jalan-jalan."Kami pun pernah jumpa orang yang bawa bayi umur tak sampai sebulan masuk hutan pergi memancing," tulis netizen lagi.