suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak dapat keputusan cemerlang, ibu bapa diminta jangan gadai maruah mengemis kopi percuma - “Kau belilah aiskrim je!”

Pelbagai cara boleh dilakukan ibu bapa bagi meraikan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI

LAZIMNYA setiap ibu bapa pasti ingin meraikan anak yang memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran sebagai penghargaan atas usaha keras mereka.

Selain membawa si anak makan di restoran kegemaran, ada ibu bapa mengambil inisiatif membelikan barang yang sudah lama diidamkan atau melakukan percutian keluarga.

Walau apa pun cara meraikannya, seorang wanita berpendapat setiap sambutan dan hadiah yang diberikan kepada anak-anak perlulah mengikut kemampuan sendiri.

Mendapatkan promosi bagi meraikan kejayaan anak adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

Mendapatkan promosi bagi meraikan kejayaan anak adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

Pandangannya itu disuarakan susulan terdapat segelintir ibu bapa yang dilihat 'merentan' di media sosial selepas tidak berjaya mendapatkan promosi yang ditawarkan sebuah syarikat rantaian kedai kopi terkemuka.

"Mak bapa B40, kalau anak dapat keputusan cemerlang, kau belilah aiskrim je dan tak payah meminta-minta," ujarnya memberi teguran di Thread.

Baginya, sikap ibu bapa yang sedemikian dilihat seperti mengajar anak untuk meminta-minta dan mengharapkan simpati orang ramai.

  • Ibu bapa digesa meraikan kejayaan anak mengikut kemampuan kewangan sendiri.
  • Isu timbul susulan segelintir ibu bapa 'merentan' kerana gagal dapat promo kopi.
  • Wanita menegur sikap ibu bapa yang mengajar anak mengharapkan simpati.
  • Hadiah titik peluh sendiri lebih bermakna berbanding mengharapkan barang percuma.
  • Warga maya kecewa tindakan ibu bapa menagih simpati daripada bos syarikat.

"Sudahlah miskin, mengajar anak makan sesuatu yang mahal tapi mengharapkan ia dapat secara percuma. Sepatutnya ukur baju di badan sendiri.

"Anak sendiri dapat keputusan cemerlang patutnya ibu bapa rasa lebih gembira hadiahkan dia sesuatu guna duit hasil titik peluh sendiri. Ini tidak... dah macam Rohingya perangainya," tambahnya dalam nada kasar.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-rata turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ibu bapa yang dianggap tidak peka dengan situasi sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar simpan dendam, tak lupa cikgu label bodoh sebelum peperiksaan - “Nak rai pelajar 10A silakan, tapi jangan hina budak 10C”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat RM1,500 anugerah cemerlang SPM, saudara-mara paksa buat makan-makan... Gadis sedih mak suruh ‘pejam mata’ guna wang ganjaran

"Bukan main ya ibu bapa sekarang ni, anak aku cukup dapat aiskrim. Itupun setengah jam dia cakap terima kasih sebab belanja.

"Sudahlah merentan, kemudian beria menandai (tag) akaun bos syarikat. Nak suruh dia lanjutkan sampai 31 Disember agaknya.

"Saya keluarga B40, anak-anak berjaya jadi mereka tak layak dihargai dengan barangan percuma. Harus bagi hasil titik peluh kami sebagai ibu bapa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain