suria

Kerjaya nyanyian suram, Hafiz Zainal labur RM500,000 buka klinik gigi - “Saya guna duit simpanan, tak mahu berhutang”

Hafiz syukur akhirnya dapat buka klinik gigi sendiri.

KEADAAN pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menjejaskan langkah penyanyi baharu yang juga Bekas Peserta Big Stage 2020 Hafiz Zainal untuk mencari rezeki dalam bidang itu.

Bagi mencari punca pendapatan baharu, Hafiz yang juga seorang doktor gigi tekad melaburkan RM500, 000 bagi membuka sebuah klinik pergigian Toothsuite Dantal bersama seorang rakannya.

"Jika nak bergantung dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi sahaja memang terkesan, jadi saya buka klinik sebagai punca pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hidap Alzheimer, Hafiz Zainal hilang tempat mengadu - “Rasa kehilangan... saya rindukan mak yang dulu”

"Saya dah pasang impian nak buka klinik semasa sejak 10 tahun lalu. Ini masa terbaik untuk saya kejar semula impian itu.

"Saya buka klinik dengan kawan sekelas saya di universiti. Saya tak pernah buat bisnes jadi ini cabaran baharu bagi saya, " ujarnya kepada mStar.

Klinik yang berlokasi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu mula beroperasi pada 1 Jun lalu.

hafiz 2

Hafiz akui kerjayanya sebagai penyanyi terjejas.

Dalam pada itu Hafiz berkata, dia tidak membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan itu sebaliknya menggunakan wang simpanan peribadi masing-masing.

"Alhamdulillah saya buka klinik tak gunakan apa-apa loan, saya tak nak berhutang banyak untuk perniagaan ni.

Saya dah pasang impian nak buka klinik semasa sejak 10 tahun lalu.

HAFIZ ZAINAL

PENYANYI

"Saya masih belajar dalam bisnes ini sebab tu saya takut nak buat pinjaman, Sekurang-kurangnya jika perniagaan tidak berjalan lancar saya tidak berhutang, " ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Biarpun masih kekurangan pelanggan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Hafiz percaya ia bukan satu alasan untuk dia berputus asa.

Selepas 10 bulan bercuti Hafiz buka klinik pergigian bersama rakannya.Hafiz pasang impian buka klinik sejak 10 tahun lalu.

Hafiz berkata, dia juga sudah merancang strategi sebagai usaha bagi menarik pelanggan ke klinik berkenaan.

"Saya, memang ada terfikir nak tunggu keadaan okay baru nak buka klinik tapi saya dah setkan strategi, kena usaha dulu dan tak nak berikan alasan.

"Sebenarnya saya risau juga buka klinik time PKP ini, ini adalah pelaburan yang sangat besar. Saya yakin insyaAllah akan survive bergantung kepada rezeki.

"Alhamdulillah masih dibenarkan beroperasi sebab termasuk dalam kategori essential service tapi dengan jumlah pelanggan yang terhad, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain