suria

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula ‘Pasangan Drama Terbaik’ Anugerah Drama Sangat 2023

Meerqeen dan Anna pemenang kategori Pasangan Drama Terbaik.

POPULARITI diraih pelakon Meerqeen dan Anna Jobling menerusi Melur Untuk Firdaus mendapat pengiktirafan apabila muncul sebagai pemenang kategori Pasangan Drama Terbaik dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, kemenangan itu membuktikan gandingan mereka bukan sekadar meraih tempat di hati peminat malah menambat juri anugerah berkenaan.

"Keserasian antara pelakon sangat penting... Saya dan Meerqeen pernah berlakon sama sebelum drama ini. Mungkin sebab itu kami serasi.

"Bekerja dengan Meerqeen sangat mudah. Kami serasi di lokasi dan boleh menghidupkan watak diberikan," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-03-12 at 11.25.57 PM (2)

Aaron membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Selain kategori berkenaan, Anna turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Popular manakala Melur Untuk Firdaus turut menerima trofi Drama Adaptasi Novel Terbaik.

Dalam pada itu, Meerqeen turut meluahkan rasa syukur dengan kemenangan tersebut dan menganggap Anna sebagai gandingan terbaik dalam drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berkaca mata hitam, Fasha Sandha tetap hadir ‘Anugerah Drama Sangat 2023’ meski belum cukup sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin kongsi kehidupan di Thailand, seronok jadi suri rumah layan suami

Meerqeen turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada peminatnya dan Anna yang sentiasa memberi sokongan terhadap karier mereka dan Melur Untuk Firdaus.

"Senang dapat heroin yang mudah bekerjasama. Mungkin sebab sambutan drama ini memberi peluang kepada kami. Anugerah ini juga adalah untuk mereka yang selalu menyokong kami berdua," ujarnya.

Sementara itu, pelakon asal Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz membawa pulang trofi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

WhatsApp Image 2023-03-12 at 11.25.55 PM

Ummi Nazeera menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Risik Pada Hati.

Gandingan Aaron dalam drama tersebut iaitu Gambit Saifullah turut menerima trofi menerusi kategori Pelakon Antagonis Terbaik.

Manakala Ummi Nazeera menepati ramalan apabila membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama Risik Pada Hati.

Pada acara berkenaan, karya arahan Erya Rahman berjudul Suamiku Lelaki Pendosa diangkat sebagai Drama Terbaik.

Eyra turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik.

WhatsApp Image 2023-03-12 at 11.25.57 PM

Anna turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Popular.

Anugerah berkenaan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Shahirah Shahirah.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Stacy, Mimi Fly, Rahmad Mega, Amir Masdi, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Ernie Zakri, Misha Omar dan Liza Hanim.

Berikut adalah senarai penuh pemenang TADS2023.

1. Pelakon Antagonis Terbaik - Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)

2. Penulis Skrip Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)

3. Drama Adaptasi Novel Terbaik - Melur Untuk Firdaus

4. Anugerah BBNU Tonton - Aniq Suhair (Tahyul)

5. Pasangan Drama Terbaik - Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

6. OST Terbaik - Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

7. Drama 8TV Terbaik - My Dream My Wish

8. Pelakon Lelaki Terbaik - Datuk Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

9. Pelakon Wanita Terbaik - Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

10. Oppa Pilihan Tonton - Cha Eun Woo

11. Pelakok Lelaki Popular - Redza Rosli

12. Pelakon Wanita Popular - Anna Jobling

13. Drama Popular - Bisik-Bisik Gelora

14. Pengarah Terbaik - Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

15. Drama Terbaik - Suamiku Lelaki Pendosa

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain