suria

Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent

Cakra Khan sertai America's Got Talent.

PENYANYI Cakra Khan dilaporkan menyertai program realiti America's Got Talent selepas dilihat memuat naik foto berlatar belakangkan poster program tersebut.

Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 31, turut memohon doa daripada peminat agar urusannya sepanjang di Amerika Syarikat berjalan dengan baik.

"Bismillah, mohon doa semoga semuanya diberi kelancaran. Saya mohon doa kalian.

"Jangan lupa untuk menonton," katanya menerusi kapsyen hantaran foto tersebut di Instagram miliknya.

cakra1 - 1

Cakra mohon doa peminat.

Hantaran tersebut mendapat reaksi positif peminat yang rata-rata memberi semangat buat penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu menyertai program realiti berkenaan.

"Saya yakin Cakra mampu membanggakan Indonesia dan menjadi penyanyi antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan lebih utamakan keluarga selepas pemergian ayah tercinta... "Kalau dulu saya pentingkan kerja tak hirau panggilan ibu"

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan sanggup berhabis duit demi dua ekor haiwan kesayangan

"Nah, betul ke ni? Suara hebat seperti Cakra sayanglah kalau tak masuk pasaran antarabangsa. Kerjaya kamu perlu pergi lebih jauh. Semoga terus sukses.

"Semoga penyanyi-penyanyi Indonesia yang sudah merasa dirinya hebat di negara sendiri mencontohi Cakra yang mencabar diri masuk ke pasaran antarabangsa," tulis netizen.

Untuk rekod, America’s Got Talent kini sudah memasuki musim ke-17 sejak ditayangkan pada 2006.

Sebelum Cakra, dua artis Indonesia pernah menyertai program realiti berkenaan adalah Demian Aditya dan The Sacred Riana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain