suria

Justin Bieber dan Hailey perlekeh ibadah puasa, netizen minta didik diri tentang Ramadan

Justin dan Hailey anggap berpuasa satu kerja tak masuk akal.

PASANGAN selebriti Justin Bieber isterinya, Hailey Bieber teruk dikecam warganet gara-gara melontarkan pandangan kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani umat Islam di seluruh dunia.

Menerusi video yang dimuat naik Justin, penyanyi itu berkata, dia tidak pernah berpuasa kerana merasakan dia perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk tidak makan dan minum seharian.

"Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul," katanya.

Hailey pula menyelar amalan berpuasa di bulan Ramadan dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.

317282817_688755696098589_2698244750874158185_n

Justin dan isteri dikecam netizen lagi.

Kata Hailey, terdapat banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton televisyen dan bermain telefon pintar tetapi bukan makanan.

"Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya, tapi kalau berpuasa makanan itu tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber kena tempias perangai isteri, peminat jerit tak puas hati semasa konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber enggan bergambar dengan Hailey di karpet merah Oscar, peminat syak hubungan bermasalah

"Tapi kalau berpuasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya," katanya.

Disebabkan kedangkalan pasangan itu tentang Ramadan, peminat meminta mereka belajar tentang ibadah puasa selain menghormati bulan mulia bagi umat Islam ini.

"Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak.

"Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain