suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cakra Khan sanggup berhabis duit demi dua ekor haiwan kesayangan

Cakra mempunyai dua haiwan perliharan iaitu kucing dan anjing.

PENYANYI Cakra Khan memberitahu dia sanggup berhabis duit demi menjaga dua haiwan perliharaannya iaitu kucing dan anjing.

Menurut laporan Liputan6, Cakra sentiasa memberikan yang terbaik terutama dari segi pemilihan makanan kerana tidak mahu haiwan kesayangannya jatuh sakit.

"Makanan kucing dan anjing saya lagi mahal daripada makanan saya sendiri. Dalam seminggu, saya beli makanan mereka hampir 2 hingga 3 juta rupiah.

"Sebab bagi saya, makanan mereka kena cari yang betul-betul sesuai dan berkhasiat kerana takut tersalah beri, jatuh sakit pula," katanya.

Cakra juga ada membina sebuah rumah kecil di kawasan kediamannya untuk kucing dan anjingnya.

Cakra Khan

Artikel Lain