suria

Didakwa gagal bayar tunggakan cukai RM12 juta, Beyonce fail saman terhadap kerajaan AS 

Beyonce didakwa bayar cukai kepada kerajaan.

PENYANYI terkenal Beyonce didakwa mengelak membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat berjumlah AS$2.69 juta (RM12 juta) dari tahun 2018 dan 2019.

Sehubungan itu, Beyonce memfailkan petisyen terhadap pihak Perkhidmatan Hasal Dalam Negeri Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu tersebut.

Peguam penyanyi itu juga sedia untuk berbincang selain sudah pun menyerahkan dokumen bagi permohonan kes itu dibicarakan di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner menyesal buat suntikan pada bibir, harap anak tak ulang perkara sama

"Kami akan beri kerjasama dengan pihak terbabit bagi membincangkan masalah ini. Ia akan diselesaikan dalam masa terdekat," kata peguam Beyonce.

Dalam pada itu, peguam berkenaan menjelaskan Beyonce pernah membuat sumbangan lebih daripada AS$3 juta kepada badan kebajian dan ia sepatutnya dipotong dalam pembayaran cukai.

beyonce 2

Beyonce turut melakukan kebajikan sebagai cara potongan cukai.

Beyonce didakwa masih berhutang sebanyak RM3.5 juta bagi tahun pendapatan 2018 dan RM6.4 juta untuk tahun berikutnya.

Penyanyi itu juga didakwa gagal membayar penalti berjumlah RM2 juta bagi kedua-dua tahun tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain