suria

Virgoun mengaku semua dakwaan isteri, pilih curang jalan lari dari masalah

Virgoun akhirnya tampil memohon maaf.

PENYANYI Virgoun akhirnya tampil mengakui kesilapan pernah dilakukan sebelum ini sehingga menyebabkan berlaku kemelut dalam rumah tangga.

Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, mengungkap kembali lagu berjudul Bukti yang pernah dicipta pada tahun 2017 sebagai tanda penghargaan buat isterinya, Inara Idol Rusli.

Bagaimanapun di sebalik keindahan lirik lagu tersebut, Virgoun mengaku dirinya berubah dan lebih senang untuk bersikap curang sebagai cara penyelesaian masalah.

virgoun 3

Virgoun menyesal dengan perbuatan sendiri.

“Lagu Bukti memang saya cipta untuk isteri. Semua lagu saya adalah karya jujur yang saya tulis tentang perasaan ketika itu.

“Dengan berjalannya waktu, saya juga berubah dan menjadi lagu itu seperti berbohong. Mengapa saya berubah ketika itu biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diceritakan kepada semua orang.

“Saya menyesal kerana tidak tegas, jujur dan berani menyatakan ketika itu. Malah saya melarikan diri dan mencari penyelesaian di luar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dimalukan isteri, Virgoun mahu fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

Virgoun meluahkan rasa tersebut dalam satu video yang dimuat baik di saluran YouTube miliknya dengan menangis teresak-esak.

Tambahnya dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap isteri kerana tidak mahu ia akan menjadi satu rujukan cerita buat anak-anaknya apabila mereka dewasa nanti.

“Saya tidak akan keluarkan kata-kata tidak baik untuk sesiapa pun kerana saya tidak mahu anak-anak melihat atau membaca cerita tentang orang yang mereka sangat sayang.

Saya menyesal kerana tidak tegas, jujur dan berani menyatakan ketika itu

VIRGOUN

PENYANYI

“Video ini bukanlah untuk membela diri. Ini sebagai tanda anak-anak boleh melihat tanggungjawab saya terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

“Saya mohon maaf atas kekecohan yang telah terjadi. Ia sepatutnya menjadi hal dalaman keluarga namun telah dibuka seluas-luasnya,” ujarnya.

Kisah rumah tangga Virgoun sebelum ini menjadi bualan ramai selepas isterinya mendedahkan sikap curang penyanyi itu meskipun pernah berjanji untuk berubah.

virgoun 2

Virgoun anggap anak-anak adalalh sumber kekuatan.

Dalam satu kenyataan, Inara memberitahu Virgoun juga tidak pulang ke rumah semenjak isu ini berlaku beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain