suria

Bengang tidur terganggu, lelaki baling batu di set penggambaran drama… Mujur Park Eun Bin tak cedera!

Park Eun Bin dibaling batu bata semasa jalani penggambaran drama.

PELAKON Park Eun Bin hampir cedera dibaling batu semasa sedang menjalani penggambaran drama Diva of the Deserted Island selepas didakwa menganggu kejiranan,

Memetik laporan Allkpop, Park Eun Bin bagaimanapun terselamat apabila seorang pekerja produksi berusia 20 tahun pantas menyelamatkannya daripada terkena balingan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati lelaki agak berusia itu bertindak membaling batu di lokasi penggambaran tersebut selepas mengadu kawasan rumahnya bising selain cahaya lampu yang terlalu terang.

323698182_562173932130837_6285499623587775741_n

Park Eun Bin hampir cedera dibaling batu bata.

Disebabkan perkara itu, lelaki berkenaan mengalami kesukaran untuk tidur dan bertindak membaling batu di kawasan penggambaran tersebut berulang kali.

Susulan itu, penerbit yang terlibat dengan drama yang dilakonkan itu memberitahu bahawa lelaki berkenaan sudah pun ditahan polis pada 30 April lalu.

Namun penggambaran tersebut masih lagi berjalan seperti biasa namun pihak produksi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Amerika intai ‘Extraordinary Attorney Woo’ jadi karya adaptasi

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap kacak! Kang Tae Oh kongsi foto rambut pendek, mula jalani latihan ketenteraan

"Memang ada kes dibaling batu-bata di lokasi penggambaran tersebut sehingga ada kru yang cedera. Namun kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami masih lagi berhati-hati di lokasi tersebut.

"Kejadian tersebut berlaku pada 30 April lalu pada pukul 4 petang malah lelaki tersebut juga telah ditahan polis," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain