suria

Tak hirau bahaya, Jessi sanggup panjat ‘bodyguard’ semata-mata nak peluk peminat

Jessi melompat ke atas pengawal peribadi untuk memeluk peminatnya.

BARU-BARU ini tular video penyanyi Jessi menghadiahkan peminat pelukan sewaktu mengadakan konsert di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada 27 April lalu.

Jessi atau Jesi Ho, 35, dilihat sanggup memanjat pengawal peribadinya untuk mendekati peminat semata-mata mahu memberikan pelukan kepada mereka.

Memetik laporan Allkpop, sewaktu penyanyi itu membuat persembahan, Jessi dilihat turun daripada pentas namun disebabkan dia tidak mampu ke arah penonton, dia terus memanjat pengawal peribadinya yang berada berdekatan pentas utama.

jessi - 1

Netizen memuji cara layanan Jessi terhadap peminat.

Menerusi video yang tular di media sosial, peminat berkenaan dikatakan mengalirkan air mata terharu kerana dapat mendakap idolanya itu.

Rata-rata penonton memberikan tepukan gemuruh buat penyanyi Korea Selatan yang kini juga merupakan penyanyi rap di AS.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu seksi! Netizen 'sakit mata' tengok foto Jessi dan HyunA pakai 'hot pants' di tempat awam

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh selebriti Korea Selatan ini rupanya ada dua kerakyata

Ramai yang memuji sikap baiknya untuk melakukan apa sahaja cara untuk memeluk peminatnya dan berkongsi perkara itu di pelbagai komuniti dalam talian dan platform media sosial.

"Ia kelihatan sangat berbahaya tetapi dia sangat memikirkan tentang peminatnya.

"Jessi perlu berhati-hati supaya tidak tercedera.

"Peminat itu pasti tidak akan melupakan detik manis ini sepanjang hayatnya," komen netizen.

Untuk info, Jessi dilahirkan di New York dan dibesarkan di New Jerysey, Amerika Syarikat pada 17 Disember 1988.

Penyanyi itu bagaimanapun telah berpindah ke Korea Selatan ketika berusia 15 tahun.

Jessi terkenal menerusi beberapa buah lagu popular termasuk Nuna Nana, Zoom dan Gucci.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain