suria

Terlalu seksi! Netizen 'sakit mata' tengok foto Jessi dan HyunA pakai 'hot pants' di tempat awam

Jessi dan HyunA tampil mempertahankan diri dalam sebuah program hiburan.

DUA penyanyi terkenal Korea Selatan, Jessi dan HyunA tampil mempertahankan diri apabila mereka dikritik memakai seluar terlalu singkat oleh netizen.

Tampil menerusi saluran YouTube Mobidic dalam program Showterview, hos rancangan tersebut Cho Jung Sik bertanyakan kepada kedua-dua penyanyi tersebut berhubung kontroversi berkenaan.

Jessi, 33, menjelaskan dia tidak sengaja mengangkat tangannya terlalu tinggi sehingga menyebabkan bajunya terselak dan mendedahkan seluar pendek yang dipakainya.

"Gambar itu diambil sebelum saya berlepas ke luar negara yang beriklim panas.

"Pada mulanya ia kelihatan biasa sahaja sehinggalah saya berpusing untuk melambai ke arah kawan untuk ucap selamat tinggal.

Jessi dan HyunA dikecam terlalu seksi.

"Baju saya terangkat terlalu tinggi sehingga mendedahkan sebahagian kaki saya," katanya.

Menurut Jessi lagi, seluar pendek yang dipakainya itu tiada beza dengan bikini yang sering dipakai wanita lain di luar sana.

"Saya rasa tiada salah pun pemakaian saya pada hari itu. Apa bezanya seluar tu dengan pakai bikini? Ia adalah hak saya (untuk berpakaian apa sahaja)," katanya.

Sementara itu, HyunA turut dihentam kerana memakai seluar terlalu singkat ketika menjayakan satu persembahan di sebuah kolej baru-baru ini.

"Saya sentiasa memakai seluar ke mana sahaja saya pergi. Kalau pakai gaun pun saya akan pakai seluar pendek di dalam kerana takut dress saya akan ditiup angin.

"Saya tidak terlalu memikirkan tentang pakaian kerana hanya fokus untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat.

"Bila saya tengok balik gambar ini, saya tertanya-tanya apa yang saya buat silap?" katanya.

Hyuna, 29, kini membuat kemunculan semula selepas lebih setahun mendiamkan diri. Dia kembali dengan album mini terbaharu berjudul I'm Not Cool yang dilancarkan pada Khamis lalu. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jessi, HyunA, kpop, berpakaian seksi

Artikel Lain