suria

Luah perasaan di laman sosial, netizen syak Agnez Mo sedang dilamun cinta dengan Ariel NOAH

Nama Ariel NOAH menjadi sebutan selepas Agnez berkongsi luahan cinta terhadap seseorang di laman sosial.

RASA-RASANYA sudah cukup lama Agnez Mo tidak mempunyai kekasih malah penyanyi terkenal itu kerap dilihat sendirian tanpa didampingi mana-mana jejaka.

Memetik laporan Liputan6, Agnez bagaimanapun baru-baru ini meluahkan perasaan sayang terhadap seseorang dan rata-rata netizen membuat andaian selebriti Indonesia dilamun cinta.

"Awak... Ya awak. Saya suka bagaimana awak membuatkan saya tersenyum seperti tiada orang yang mampu lakukan," tulis Agnez di laman sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Matahari itu kelihatan sangat ceria dan wajahnya berseri-seri.

Menariknya, ramai kalangan netizen yang membuat spekulasi jejaka bertuah yang memiliki cinta Agnez adalah penyanyi Ariel NOAH dan mereka juga mendoakan agar pasangan itu bertemu jodoh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain