suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Indonesia Marco Panari meninggal dunia dipercayai tersedak

Marco Panari meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu lalu.

PELAKON Indonesia, Marco Panari, 24, dilapor meninggal dunia di Jakarta pada malam Sabtu lalu.

Memetik Liputan6, punca kematian adik kepada aktres Angela Gilsha itu dipercayai akibat tersedak.

Berita pemergian Marco dikongsikan oleh agensi pengurusannya, Bentuk Management.

Pengurusnya, Agung Saputra juga turut memuat naik status di laman Twitter berkongsikan berita sedih itu.

"Semoga bersemadi dengan tenang Marco Panari, adik Angela Gilsha. Saya mohon doa dari semua ya," katanya.

Menurut Agung lagi, mendiang tidak menghidap sebarang penyakit dan kematiannya memang mengejutkan teman di sekelilingnya.

"Marco tidak menghidap sebarang penyakit. Hasil bedah siasat awal, doktor mengatakan dia seperti tersedak.

"Kita tunggu sahaja punca kematian yang akan didedahkan pihak polis nanti," ujar Agung lagi.

Mendiang telah pun selamat dikebumikan di kampung halamannya di Denpasar, Bali pada Ahad.

Marco memulakan kerjaya seninya pada 2016 dan antara sinetron yang pernah dibintanginya ialah Bajaj Bang Gocir dan Dia Bukan Manusia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain