suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak muat pakai baju berjenama, Blake Lively pernah hilang keyakinan diri gara-gara badan berisi selepas bersalin

Perubahan bentuk badan selepas bersalin buat Blake Lively tidak yakin dengan diri.

PELAKON Blake Lively mendedahkan dia pernah hilang keyakinan diri selepas melahirkan cahaya mata ketiga disebabkan perubahan bentuk badannya.

Memetik laporan CNN.com, isteri kepada pelakon Ryan Reynolds ini berkata perasaan itu timbul ketika dia mencuba pakaian berjenama namun tidak muat akibat badannya semakin berisi.

Menurut Blake, dia sepatutnya berasa bangga dengan badannya yang telah melahirkan tiga orang anak daripada mempunyai perasaan tidak yakin.

"Saya pernah mencuba pakaian berjenama tapi tidak muat. Ia merupakan mesej kepada wanita yang badan mereka tidak lagi sesuai memakai pakaian jenama itu.

"Saya berharap, saya lebih yakin seperti sekarang ini. Tubuh ini melahirkan bayi saya dan menghasilkan semua bekalan makanan bayi. Keajaiban yang indah.

"Tetapi daripada berasa bangga, saya berasa tidak yakin. Hanya kerana pakaian saya tidak lagi muat. Betapa bodohnya jika difikirkan kembali," kata Blake.

Blake mendirikan rumah tangga dengan Ryan pada 2012 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Inez, Betty dan James Reynolds.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain