suria

Megan Fox bidas khabar angin sudah bertunang dengan Machine Gun Kelly

Megan dilihat memakai cincin bersaiz besar sehingga menimbulkan spekulasi mengatakan dia sudah bertunang.

PELAKON Megan Fox, 35, menafikan khabar angin yang mendakwa dia sudah bertunang dengan teman lelaki, penyanyi rap Machine Gun Kelly atau lebih dikenali sebagai MGK.

Gosip itu tersebar selepas aktres itu dilihat memakai cincin bersaiz besar sehingga menimbulkan spekulasi dia telah membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Enggan membiarkan peminatnya tertanya-tanya, bintang yang popular menerusi francais filem Transformers itu kemudiannya memuat naik gambar cincin tersebut yang tertera perkataan F****d You.



Megan menunjukkan cincin yang dipakainya.

Dalam posting di Instagram Story itu, Megan turut menyertakan emoji muka seolah memberikan bayangan dia meluat dengan gosip mendakwanya sudah bertunang tanpa sebarang usul periksa.

Megan dan MGK atau nama sebenarnya Richard Colson Baker, 31, mula menjalinkan hubungan selepas dipertemukan dalam set penggambaran filem Midnight in the Switchgrass pada Mac tahun lalu.

Megan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Brian Austin Green, 48, pada 2010.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Noah, 9, Bodhi, 7, dan Journey yang kini berusia lima tahun. - Eonline

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain