suria

Pemandu peribadi disahkan positif Covid-19, Baim Wong dan isteri panik... segera buat ujian calitan

Baim, isteri dan anak mereka melakukan ujian calitan selepas pemandu dijangkiti Covid-19.

GARA-GARA pemandu peribadi disahkan positif Covid-19 membuatkan pelakon Baim Wong dan isterinya iaitu Paul Verhoeven berasa panik.

Memetik laporan Liputan6, Baim memberitahu biarpun dia sekeluarga sudah menjaga diri namun pemandunya yang dikenali sebagai Pak Slamet berkemungkinan dijangkiti ketika menziarahi rumah saudaranya.

Menurut Baim, dia bersama isteri dan anak mereka iaitu Kiano turut melakukan ujian calitan selepas mendapat perkhabaran tersebut.

"Sebenarnya saya dalam keadaan nak berkongsi atau tidak perkara ini tapi nak menjadikan pengajaran saja. Seperti yang diketahui, Pak Slamet disahkan positif Covid.

"Menakutkan juga, mudah-mudahan dia tiada apa-apa. Kita semua dah mematuhi protokol kesihatan dan sentiasa berhati-hati apabila berada di luar. Mungkin dia dijangkiti ketika ke rumah saudaranya.

"Sebab kalau di kawasan ini sentiasa melakukan pembersihan. Disebabkan dia, semua kena lakukan swab test. Jadi, berhati-hati la bila keluar sebab kita mungkin mudah dijangkiti," kata Baim.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain