suria

Kim Seon Ho sumbang RM365,000 kepada pertubuhan kanak-kanak leukemia Korea

Walaupun namanya semakin dikenali, Kim Seon Ho tetap merendah diri.

SELEPAS namanya mula meniti kemuncak populariti, aktor Kim Seon Ho menggunakan pengaruhnya itu dengan menyebarkan kebaikan.

Seon Ho baru-baru ini dilaporkan menyumbang sejumlah wang tunai sebanyak 100 juta won (RM365,000) kepada sebuah badan kebajikan iaitu Pertubuhan Kanak-kanak Leukemia Korea.

Pelakon berusia 35 tahun itu dikatakan sentiasa menyimpan impian untuk membantu kanak-kanak bernasib malang walaupun merasakan sumbangannya adalah tidak seberapa.

Nama Seon Ho kini menjadi perhatian peminat K-drama seluruh dunia selepas dia membintangi drama hit, Start Up tahun lalu.

Walaupun dia kini semakin dikenali, Seon Ho dikatakan sangat merendah diri dan sentiasa berterima kasih kepada rakan pelakon lain yang membantu menaikkan namanya.

"Saya berjaya meraih populariti disebabkan rakan-rakan pelakon utama dalam Start Up merupakan selebriti yang sememangnya sudah sedia popular. Saya harus berterima kasih kepada mereka," katanya.

Start Up yang ditayangkan di Netflix turut dibintangi Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, Kang Han Na dan Stephanie Lee. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kim Seon Ho, k-drama, Start Up

Artikel Lain