suria

“Surprise!” - Halsey tayang ‘baby bump’ umum hamil anak pertama

Halsey teruja hamil anak pertama.

PENYANYI Halsey berkongsi berita gembira mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Menerusi Instagram, penyanyi lagu You Should Be Sad ini berkongsi foto dirinya sambil menunjukkan perutnya.

“Kejutan, ” tulisnya pada ruangan kapsyen bersama emoji botol susu, pelangi dan bayi.

Dalam ruangan komen, Halsey berkata dia bahagia dengan kurniaan zuriat itu dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut.

“Hati ini penuh dengan cinta dan mencintaimu kesayanganku.

“Saya mencintaimu dan saya mencintai manusia mini ini, ” tulisnya.

Sementara itu, teman lelakinya iaitu Alev Aydin mengesahkan mengenai berita tersebut menerusi Instastory.

Halsey dan Alev Aydin mula menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu, bagaimanapun Halsey tidak terbuka bercerita mengenai hubungan mereka itu.

Sebelum itu, Halsey pernah bercinta dengan penyanyi rap G-Eazy, Yungbuld dan pelakon Evan Peters.

Pada tahun 2018, Halsey mendedahkan dia pernah menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital selepas mengalami keguguran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain