suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta terlalu sesak, Siti Badriah dan suami rancang menetap di Bali - "Kita buka perniagaan dan cari rumah di sana"

Siti Badriah dan suami lebih gemar berada di Bali berbanding Jakarta.

SUAMI kepada penyanyi Siti Badriah iaitu Krisjiana Baharudin memberitahu dia dan isterinya lebih gemar untuk menetap di Bali berbanding di ibu kota, Jakarta, Indonesia yang dilihat terlalu sesak dengan orang ramai.

Memetik laporan Liputan6, Krisjiana turut mencadangkan kepada isterinya untuk menetap terus di Bali memandangkan mereka berasa tenang apabila berada di pulau tersebut.

"Bali lebih tenang... kalau di Jakarka, tak tahu nak ke mana. Kalau nak pergi pusat beli belah ramai orang, kalau nak ke mana-mana mesti ramai orang.

"Tapi berbeza dekat Bali, kita boleh pergi pantai, ke kawasan terbuka dan boleh pergi mana-mana. Yang paling penting, Siti suka sangat duduk Bali. Dia berasa tenang bila berada di sana.

"Terus saya berfikir, apa kata kita pindah ke sana saja. Kita buka perniagaan dan cari rumah di sana. Jadi, kita boleh bekerja keras dan tak perlu pulang ke Jakarta," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain