suria

Status ibu kepada dua cahaya mata, Keira Knightley tolak berlakon babak panas

Status sebagai ibu turut menjadi pertimbangan keengganan Keira untuk melakokan babak panas.

PELAKON Keira Knightley, 36, telah meletakkan syarat terbaharu yang mana dia tidak akan lagi melakonkan adegan aksi seks di bawah pengarah lelaki.

Sebaliknya, dia hanya terbuka untuk berbuat demikian di bawah pengarahan pengarah wanita sekiranya ia bersesuaian dengan watak yang diberikan terhadapnya.

"Saya tidak ada halangan untuk melakonkan adegan tersebut, cumanya kini bukan lagi di bawah pengarahan pengarah lelaki.

"Namun, syarat saya ini tidak terpakai untuk pengarah wanita, kalau dengan pengarah wanita saya terbuka untuk melakonkan aksi sebegitu sekiranya jalan ceritanya menonjolkan kekuatan watak tersebut," katanya.

Menurut Keira, dia berasakan melakonkan watak sebegitu tidak lagi sesuai untuk dirinya memandangkan dia kini sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

"Saya rasa watak sebagai pemuas nafsu lelaki dalam mana-mana filem selepas ini tidak lagi sesuai dilakonkan kerana saya sudah mempunyai dua orang anak perempuan sekarang.

"Selain itu, saya juga berasa tidak selesa untuk tampil berbogel di hadapan sekumpulan lelaki yang sedang merakamkan adegan tersebut," katanya.

Keira sebelum ini pernah melakonkan adegan panas menerusi filem Atonement bersama aktor James McAvoy.

Pelakon yang popular menerusi filem Pirates of the Caribbean itu berkahwin dengan pemuzik, James Righton pada 4 Mei 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua anak perempuan, Edie, 6, dan Delilah yang kini berusia dua tahun. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain